06/04/2013

Pembangkang Rebut Kerusi!!!





Putrajaya: Kemelut perebutan kerusi dalam kalangan parti pembangkang adalah petanda buruk yang jelas mengenai apa yang akan berlaku jika mereka memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan membentuk kerajaan.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim, berkata perkara itu sudah dijangka kerana pembangkang tidak pernah sepakat dan masing-masing hanya mementingkan diri sendiri. 


“Sekarang, mereka seperti 40 penyamun yang membahagikan harta. Jika mereka memenangi PRU, mereka akan bergaduh sesama sendiri untuk memilih siapa yang akan menjadi Perdana Menteri. Itu baru Perdana Menteri, bagaimana pula dengan Menteri Kewangan dan jawatan menteri penting lain. 


“Akhirnya, tiada keamanan dalam negara ini,” katanya selepas majlis perjumpaan pesara kanan kerajaan anjuran Kelab UMNO Pesara Kanan Kerajaan Malaysia (KUPKKM). Yang turut hadir, Presiden KUPKKM, Tan Sri Aseh Che Mat.

Sibuk salahkan kerajaan

Tunku Abdul Aziz berkata, beliau percaya pembangkang hanya akan sibuk menyalahkan kerajaan sebelum ini tanpa memikirkan hala tuju negara jika mereka berkuasa.

“Dalam masa dua hingga tiga tahun pertama, mereka akan lakukan apa yang (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng lakukan di Pulau Pinang (menyalahkan kerajaan terdahulu). “Jadi, apa jenis kerajaan yang kita boleh harapkan? Negara tidak boleh menunggu hingga mereka selesai semua kerenah ini,” katanya.

Tunku Abdul Aziz berkata, tiada seorang pun dalam kalangan pemimpin pembangkang yang berpengalaman mentadbir negara sedangkan Malaysia memerlukan pemimpin berpengalaman untuk mentadbir negara dengan masyarakat yang amat kompleks.

“Ini bukan seperti mentadbir negeri. Anda memerlukan pengalaman luas, kepakaran dan keberanian untuk memastikan setiap sektor dan populasi dalam negara gembira serta berpuas hati,” katanya.

sumber: www.bharian.com.my

No comments:

Post a Comment