23/04/2013

Dr Zambry Sifatkan Tindakan Nizar Gelarnya Haram Jadah Tidak Bermaruah.


zambry101






















Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan tindakan Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menggelarnya "haram jadah" sebagai tidak bermaruah sebagai seorang Islam.

Beliau berkata perkataan kotor seperti itu hanya akan keluar daripada seseorang yang berhati kotor.

"Saya tak sanggup (keluarkan perkataan kotor sebegitu) untuk anak-anak saya dengar. Inikah wajah ahli politik yang kononnya memperjuangkan rakyat atas nama agama.

"Apakah agama Islam (membenarkan) menemplak, mencaci dan menghina orang," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Manifesto BN Perak bagi pilihan raya umum ke-13 di Padang Rengas semalam.

Calon PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering itu dalam ceramahnya di Kampung Batu Sembilan, dekat Changkat Jering, semalam dilaporkan menggelarkan Zambry "haram jadah" dan mendakwa kononnya Pengerusi BN negeri itu memberi tanah kepada syarikat kroni dan orang tertentu.

Sebelum ini, Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming, didakwa pernah menggelar Zambry sebagai 'hitam metalik'.

SUMBER

No comments:

Post a Comment