Bekas Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Kamilia Ibrahim menegaskan beliau ingin terus kekal sebagai wakil rakyat Bebas sekiranya menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.
Katanya, dengan menjadi wakil rakyat Bebas, beliau dapat bersuara di Parlimen.
``Saya lebih suka kekal bebas dan saya bercadang dengan kedudukan itu untuk bersuara di Parlimen,’’ katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan manifesto lima perkara di Sungai Perak Riiverfront Resort Kuala Kangsar pagi tadi yang hanya dihadiri sebilangan kecil jenteranya termasuk 12 orang anaknya, sanak saudara dan sahabat handai.
Lima perkara yang dibentangkan itu ialah pertama mengangkat hak dan martabat wanita: bersuara membentuk dasar dan perundangan.
Kedua, membina dan meningkatkan taraf hidup keluarga, golongan muda dan bekerjaya: tingkatkan perumahan, tempat penjagaan kanak-kanak, tahap keselamatan dan pengangkutan awam.
Ketiga, cepat dan cekapkan kemudahan perubatan: Membina Hospital Pakar Kuala Kangsar, membela semua golongan lapisan masyarakat terutamanya golongan warga emas, OKU dan berpendapatan rendah.
Keempat, mendorong mengukuhkan agama dan akhlak dengan ilmu dan pendidikan: mengamalkan gaya hidup sihat dan membanteras masalah social.
Kelima, ekonomi orang Kuala Kangsar dikembangkan: agihan peluang yang adil, hapuskan rasuah dan kroni .
Ditanya sama ada beliau ingin menyertai semula UMNO sekiranya menang nanti, katanya, `` dalam Perlembagaan UMNO kalau kita bertanding Bebas, kita tidak boleh menjadi ahli selamanya maknanya kita tidak boleh masuk UMNO lagi.’’
sumber
sumber
No comments:
Post a Comment