22/04/2013

PKR Cabang Lumut Lumpuh, 1,000 Ahli Umum Keluar Parti

SO HOTz!!! 


KIRA-KIRA 1,000 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Lumut mengisytiharkan keluar parti selepas cabang itu dibubarkan berkuat-kuasa serta merta, semalam.

Ketua PKR Cabang Lumut, P. Shamugum berkata, 13 lagi Ketua Ranting PKR turut mengikuti jejak langkahnya kerana mereka begitu kecewa dengan keputusan kepimpinan tertinggi parti.

Menurutnya, antara punca kekecewaan itu ialah tindakan Penasihat Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi laluan kepada ahli PAS, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid bertanding kerusi Parlimen Lumut atas tiket PKR.

"Calon PKR bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor, Mohd Saifullah Zulkifli juga bukan orang tempatan sebaliknya sekadar menjadi calon payung terjun, sekaligus menutup peluang calon tempatan bertanding.

"Anwar menipu kaum India di Lumut kerana beri peluang kepada orang luar bertanding di kerusi Parlimen dan DUN Pangkor seolah-olah parti tidak mempunyai pemimpin yang berkelayakan.

"Lebih menyedihkan apabila Ketua Pembangkang itu tidak menghiraukan suara akar umbi yang mahukan calon tempatan diangkat bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media khas di Pejabat PKR Cabang Lumut, dekat Sitiawan semalam.

Shamugum berkata, berikutan pembubaran itu, semua Bilik Gerakan Jentera Pilihan Raya PKR dan 36 Pusat Daerah Mengundi (PDM) turut ditutup serta-merta.

Menurutnya, beliau akan bergerak dalam pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang bakal ditubuhkan tidak lama lagi bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat India di Parlimen Lumut.

"Walaupun sudah beberapa kali menghubungi Ketua Pembangkang untuk menyuarakan harapan penyokong akar umbi, namun Anwar sentiasa berdolak-dalik dan enggan mengangkat telefon apabila dihubungi," katanya.

No comments:

Post a Comment