26/04/2013

Bekas Pakar Strategi Dap : DAP mempunyai Agenda Kristiankan Orang Melayu.


Photo





Bekas Pakar Strategi Dap Sahkan DAP mempunyai Agenda Kristiankan Orang Melayu dan Malaysia Ditadbir Oleh Pemimpin KristiaMohamad Razali bin Abdul Rahman 
Satu rakaman ceramah yang dibuat oleh Mohamad Razali bin Abdul Rahman, bekas Setiausaha Organisasi DAP dan Timbalan Ketua Pemuda DAP mendedahkan bagaimanakah perancangan strategik parti itu untuk menawan Putrajaya. Pada Julai 2011, Mohamad Razali telah tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Georgetown di mana beliau turut mengesahkan beliau merupakan salah seorang peserta dalam pertemuan paderi di Pulau Pinang, 5 Mei 2011 yang ‘berdoa’ mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia. Majlis ‘doa’ itu diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi di sebuah hotel di Jalan Macalister. Berikut merupakan transkrip ceramah beliau : 
Pengerusi Majlis
Bismilahirahmanirahim…
Alhamdulillah
Yang kita hormati saudara Mohamad Razali bin Abdul Rahman, penceramah undangan kita. Elok juga saya mengenal beliau sepintas lalu. Beliau merupakan salah seorang mantan Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam dalam parti DAP suatu ketika dahulu. Dan banyak soal-soal, perkara-perkara strategi dalam parti DAP, kemungkinan beliau akan kemukakan. Jadi, itu sedikit latar belakang. Mungkin dia akan memperkenalkan dirinya masa sesi beliau dan sejurus selepas itu, saudara-saudara, Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian diberi ruang sepenuhnya untuk mengemukakan soal jawab yang berkaitan dengan ceramah ataupun ucapan yang telah disampaikan oleh beliau. Dan saya rasa, saya tidak mahu mengambil masa yang begitu panjang. Dengan segala hormatnya majlis menjemput dan mempersilakan saudara Mohamad Razali bin Abdul Rahman untuk menyampaikan ceramah beliau, dipersilakan. 
(Hadirin menepuk tangan)
Mohamad Razali bin Abdul Rahman
Bismilahirahmanirahim..Assalamualaikum warahmatulahiwabarakatuh. Syukur Alhamdulillah, dengan limpah kurniaan dan izin-Nya dapat kita bertemu pada pagi ini. Ini merupakan kali pertama saya berada di Putrajaya. Kali pertama dalam hidup saya. Mungkin Tuan-tuan dan Puan-puan tertanya-tanya saya, siapa ni, tiba-tiba berada di hadapan Tuan-tuan dan Puan-puan untuk memberi satu taklimat. 
Terlebih dahulu di sini, saya ingin memperkenalkan diri sayalah siapa. Saya Mohamad Razali. Saya anak anak jati Pulau Pinang. Lahir di Pulau Pinang, besar di Pulau Pinang, belajar di Pulau Pinang. Telah pun berumah tangga, mempunyai dua orang cahaya mata, seorang sahaja isteri ya.
Saya ini bekas…bekas ahli DAP. Dalam DAP ini, untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan, banyaklah jawatan-jawatan penting yang saya pegang semasa saya berada dalam pentadbiran DAP ataupun pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Saya ini merupakan bekas Setiausaha Politik kepada ataupun lebih dikenali sebagai Lim Guan Eng. Pegawai Tugas-tugas Khas dia. 
Saya juga merupakan bekas Ketua Organisasi DAP Bahagian Jelutong. Setiausaha Publisiti DAP negeri Pulau Pinang, Timbalan Ketua Pemuda Bahagian Pulau Pinang. Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Jelutong. Selepas itu, saya merupakan Pengarah Pilihanraya untuk DUN Sungai Pinang di Pulau Pinang ini. Lepas itu, Pegawai Khas kepada YB Jeff, Ahli Parlimen Jelutong juga. Timbalan Pengerusi Melayu Pulau Pinang dan saya jugalah Timbalan Pengarah Strategi untuk pilihanraya negeri untuk tahun lalu. 
Saya juga telah dilantik sebagai salah seorang Ahli Strategi dalam DAP ialah satu jawatankuasa, minta maaf..yang dilantik oleh Guan Eng. Dalam DAP ini ada tujuh belas (17) orang pakar strategi yang dilantik oleh Setiausaha Agung DAP. Lima belas (15) orang Cina, seorang (1) India dan seorang (1) Melayu. Saya merupakan wakil orang Melayu yang berada dalam G 17.
G17 ini untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan adalah merupakan satu jawatankuasa sulit, hanya Setiausaha Agung dan pemimpin-pemimpin tertinggi saja yang ada, yang lain semua tak ada. Kami dilatih oleh pakar-pakar daripada luar negara. Saya dilatih hampir tiga tahun oleh pihak Israel. Tiga tahun saya berada di bawah naungan pihak Israel. Latihan yang saya terima semuanya berbezalah daripada US, UK, Australia, Jerman, Kanada, Belgium. 
Di Malaysia ini, kami sempat buat di tiga tempat saja. Satu di Pulau Pinang. Lepas itu kami buat di Hotel Shangg di Johor dan satu lagi di Selangor, di Hotel Quality Shah Alam. Lain semua di luar negara. Saya kata saya dilatih tiga tahun oleh pihak Israel, jadi ideologi saya dengan Tuan-tuan dan Puan-puan berbeza lah. Saya cuma terima dua ideologi saja. Satu Malaysian Malaysia dan lagi satu fahaman Zionis.
Lain..semua saya tolak. Saya tolak semua. Dua ini saja yang saya terima. Saya lebih pentingkan parti saya ni daripada anak ke..bini ke..family ke segala-galanya, parti its more semua important bagi saya. Ini merupakan taklimat saya yang ke 105 dalam masa tiga bulan saya merantau hampir ke seluruh pelusuk tanahair. Ini yang ke 105 pada pagi ini.
Jadi, saya di sini ingin berkongsilah pengalaman saya, apa yang saya diajar oleh pihak-pihak Yahudi. Tugas utama saya Tuan-tuan dan Puan-puan. Tugas utama saya semasa saya berada dalam Kerajaan Negeri adalah merancang bagaimana nak mengusir orang Melayu ni keluar daripada Pulau Pinang. Saya tak tuduh orang lain, saya tak kata orang tu baik, orang tu tak baik
.
sumber

No comments:

Post a Comment