24/04/2013


ZolkaflyHarun


Calon BN di DUN Lintang Dato’”Dzulkifli Harun tidak mahu terlalu “overconfident” tentang keupayaan BN mengekalkan kerusi tersebut.Walaupun kawasan itu merupakan sebuah kawasan dianggap selamat serta diberi harapan tinggi untuk mengekalkannya beliau tetap bekerja dua kali ganda dari biasa kerana “kita tidak boleh ambil sikap sambil lewa’’.
Dalam satu temuramah khas, Datuk Dzulkifli yang diapit isterinya Datin Zaiton Abdul Rahman, kelihatan santai serta yakin pengundi di kawasan DUN Lintang akan tampil menyebelahi BN.
“Kawasan ini merupakan kubu BN dari dulu lagi tetapi ini tidak bererti kita ataupun jentera BN boleh duduk goyang kaki,kita harus melipatgandakan usaha bagi memastikan tidak ada rakyat terpinggir dari radar bantuan kita,’’ katanya
Semasa abangnya Allahyarham Datuk Fadzil Harun menjadi ketua bahagian dan wakil rakyat di Lintang, Dato’ Dzulkifli berada dalam bidang perniagaan. Namun kini tidak bererti dia tak aktif cuma tafsiran aktif itu bergantung pada situasi dan keadaan semasa.
 Bagaimanapun takdir menentukan bahawa ajal abangnya telah tercatat di loh mahfuz dan dengan berat hati, setelah dipujuk penyokong , beliau mengambil keputusan bertanding jawatan Ketua UMNO bahagian.

SUMBER

No comments:

Post a Comment