23/04/2013

Manifesto BN Perak: Wanita Terus Mendapat Tempat Sebagai Ejen Memperkasa Rakyat


Golongan wanita terus menjadi anggota penting dalam agenda pembangunan masyarakat, terutama menerusi platform badan bukan kerajaan (NGO), apabila Barisan Nasional (BN) Perak turut menggariskan teras Meningkatkan Peranan Wanita demi Memperkasakan Rakyat, dalam manifesto yang dilancarkan Isnin.

tianlian1


Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe berkata BN Perak terus menterjemahkan sifat prihatin terhadap kehendak golongan wanita apabila berikrar akan terus menyalurkan peruntukan kepada NGO wanita serta ibu tunggal.

"BN sebenarnya tidak pernah lupa kepada peranan wanita. Kita melihat wanita sangat aktif bergerak menerusi platform NGO, malah menjadi pemimpin di peringkat akar umbi," katanya.

Tan yang juga Naib Presiden Gerakan, berkata Aku Janji BN Perak untuk menyalurkan peruntukan tahunan kepada NGO wanita dan ibu tunggal, menunjukkan parti berkenaan sentiasa menyokong kegiatan badan-badan itu yang akan memberi sumbangan serta bantuan kebajikan, terutama bagi program pengupayaan masyarakat.

Exco Pergerakan Puteri UMNO, Nolee Ashilin Mohammed Radzi pula berkata, Aku Janji BN Perak untuk mewujudkan Kluster Ekonomi Keluarga Amanjaya bagi meningkatkan peranan wanita terutama ibu tunggal boleh dilaksanakan dengan jayanya.


SUMBER

No comments:

Post a Comment