28/04/2013

Penyamaran SPR!!!


aa4

Pengundi diingatkan menjauhi pihak mendakwa pegawai SPR
Pengundi di negeri ini diingatkan supaya tidak tertipu dengan cubaan pihak tidak bertanggungjawab menyamar sebagai pegawai SPR yang mahu membuat demonstrasi penggunaan dakwat kekal pada hari mengundi.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata pengundi perlu menjauhkan diri daripada didekati individu yang kononnya mahu menunjukkan mereka cara penggunaan dakwat kekal.
Beliau berkata telah menerima maklumat mengenai cubaan pihak ini yang bertujuan mengganggu proses pilihanraya pada 5 Mei nanti.
"Saya ingin menegaskan kepada semua pengundi amnya, supaya menjauhkan diri daripada pihak yang datang mengaku sebagai pegawai SPR dan ingin menunjukkan cara-cara menggunakan dakwat kekal.
"Ini kerana apabila seseorang itu sudah dicalit dengan dakwat tersebut, mereka tidak dibenarkan untuk memasuki pusat mengundi kerana mereka telah dianggap sebagai sudah mengundi," katanya.
Beliau berkata sewaktu berucap di hadapan penyokong BN di dewan Teluk Gedung sewaktu program Walkabout di sekitar DUN tersebut, turut hadir sama calon Ahli Parlimen Lumut, Datuk Seri Kong Cho Ha.
Dr Zambry juga meminta supaya warga Pangkor khususnya golongan muda supaya terus memberikan kepercayaan kepada BN dalam mentadbir negara demi kemajuan di masa yang akan datang.
"Saya menyeru agar kita semua terus mengekalkan kekuaran kita kerana sepanjang tempoh 55 tahun ini, banyak pembangunan dan transformasi yang dilakukan oleh kerajaan BN demi memastikan seluruh warga negara sentiasa hidup dalam keadaan yang harmoni," katanya.

No comments:

Post a Comment