Di saat-saat hari pengundian PRU-13 semakin hampir Pas di kawasan Parlimen Larut menerima tamparan hebat
apabila seramai 680 penyokong tegar parti itu bertindak keluar parti menyertai UMNO.

Mereka yang diketuai bekas Ketua Pas Cawangan Sungai Bayor, Ahmad Zanian Mohd Shuhor telah menyerahkan boring ahli UMNO kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO di Majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri di Padang Sekolah Kebangsaan Sungai Bayor, Selama petang tadi.
Hadir sama Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir, calon BN Parlimen Larut, Dato’ Hamzah Zainuddin, calon BN DUN Selama, Mohamed Daud Mohd Yusoff, calon BN DUN Kubu Gajah, Ahmad Hasbullah Elias dan calon BN DUN Batu Kurau, Mohamad Amin Zakaria.


`` Saya sudah tidak percaya dan yakin lagi dengan perjuangan Pas yang saya lihat sudah jauh tersasar dari perjuangan asalnya termasuklah dalam isu Kalimah Allah,’’ kata Abdullah Man, bekas Ketua Pas Cawangan Kampung Tapah.

``Tetapi nampaknya sekarang ini perkara itu telah ditinggalkan dan nak diadakan negara kebajikan, saya rasa negara kebajikan tidak perlu lagi kerana kerajaan BN sudah lebih 50 tahun menjalankan kerja-kerja kebajikan,’’ kata Ahmad Zanian Md Shuhor, bekas Ketua Pas Cawangan Kampung Tapah.
SUMBER
SUMBER
No comments:
Post a Comment