16/04/2013

Kayveas Galas Amanah Pecah Kubu Kuat DAP Pasir Berdamar...


kaveas


Presiden Parti Progresif Penduduk(PPP), Datuk Seri M. Kayveas menganggap keputusan pucuk kepimpinan Barisan Nasional (BN) mencalonkannya bertanding kerusi DUN Pasir Berdamar pada pilihan raya umum ke-13 ini sebagai  satu cabaran besar bagi mengalas amanah  parti.
Katanya, beliau sanggup berkorban untuk BN dengan menerima cabaran  bertanding kerusi di kubu kuat DAP selama ini.
“Saya sedia berkorban untuk BN. Pencalonan ini adalah satu cabaran dan saya tekad untuk curahkan segala khidmat saya bagi memberi satu kerusi DUN kepada Perak untuk menubuhkan kerajaan negeri,’’ kata bekas Ahli Parlimen Taiping itu.
Kayveas yang bertanding di Taiping pada 2008, kalah kepada Nga Kor Ming daripada DAP dengan 11,298 undi.
 Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas namanya diumumkan oleh Pengerusi BN Perak, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir sebagai calon BN bagi N.55 Pasir Berdamar pada pilihan raya umum ke 13 ini.
Menurut Kayveas, beliau optimis kerusi DUN Pasir Berdamar dapat ditawan semula dalam pilihanraya kali ini kerana corak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang banyak membawa  perubahan mendadak kepada rakyat menerusi dasar transformasi kerajaan.
Mengenai gandingan muka baru  dan muka lama  yang diumumkan Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambry , katanya, ia memberi petanda yang amat baik dan peluang kepada BN untuk menang pada PRU ke-13 ini.   
“Ianya satu gabungan yang boleh menghasilkan kepada suatu kekuatan kepada parti, kita  perlu kepada golongan profesional, golongan muda, golongan wanita dan juga golongan akar umbi .
“Golongan ini  telah lama wujud dan akan terus menjadi kelangsungan BN di masa depan,’’ katanya.
Pada PRU 2008. calon PPP, Lee Heng tewas kepada calon DAP, Seah Leong Peng dengan 7,914 majoriti undi bagi kerusi Pasir Berdamar.
Katanya lagi, PPP bertanding di satu kerusi Parlimen dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.
Kayveas berkata, parti itu diperuntukkan kerusi parlimen Kepong di Wilayah Persekutuan dan empat kerusi negeri, masing-masing satu di Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Berdamar (Perak) dan Guchil (Kelantan).
Pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, PPP bertanding kerusi Parlimen Taiping dan kerusi negeri Pasir Berdamar, namun tewas kedua-duanya.

SUMBER

No comments:

Post a Comment