11/04/2013

Tindakan Tegas Individu Timbul Kekecohan Pada PRU-13...



amaran-tkpn


Polis memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang cuba menimbulkan kekecohan sepanjang tempoh berkempen dan hari mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihak polis telah mengenalpasti beberapa kawasan panas di Perak seperti Taiping, Sungai Siput, Ipoh Barat dan Batu Gajah.

Menurut beliau, polis juga telah mengenalpasti beberapa orang yang mungkin akan menimbulkan kekecohan semasa sepanjang tempoh berkempen dan pada hari mengundi.

"Suka saya ingatkan kepada mana-mana individu jangan sekali-kali cuba untuk menggugat atau cuba menimbul apa juga kekecohan semasa sepanjang tempoh berkempen dan pada hari mengundi, ‘’ katanya.

Beliau memberi amaran ini selepas majlis penyerahan cek bernilai RM528,372.25 untuk Tabung Kebajikan PDRM `Ops Daulat’ di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Perak, Ipoh hari ini. Hadir sama Ketua Polis Perak, Datuk Pahlawan Mohd Shukeri Dahlan. 

Khalid turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Perak yang menyumbang RM300,000, kontinjen polis Perak (RM107,944) dan orang awam (RM110,424.25) kepada tabung itu.

Pada sidang media itu, Khalid menjelaskan beliau berpuashati dengan segala perancangan dan persiapan pilihanraya yang telah dibuat oleh polis negeri Perak termasuk dari segi peralatan dan keanggotaan.

sambung baca

No comments:

Post a Comment