11/04/2013
Pemimpin DAP Umum Sokong BN...Tamparan Hebat Buat DAP...
TAMPIN 11 April - DAP Negeri Sembilan mendapat tamparan hebat apabila tujuh pemimpin kanan peringkat cawangan parti itu malam tadi mengisytiharkan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).Kumpulan terbabit yang diketuai oleh Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass Aseerpatham merupakan individu terawal yang membantah dan membuat laporan berhubung pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu hujung tahun lalu.
Selain David, enam lagi yang menyatakan pendirian mereka ialah Setiausaha DAP Cawangan Ladang Paroi, Mahendran Krishnan; Pengerusi DAP Cawangan Desa Dahlia Senawang, Richard Francis dan Naib Pengerusinya, Jesu Dason; Setiausaha DAP Cawangan Ladang Regent, Tampin, Chelvam Kathan; Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Regent, M. Subramaniam dan Setiausaha DAP Cawangan Desa Dahlia, Senawang, S. Karthiyaini.
Kesemua mereka yang mengaku masih menjadi ahli DAP, sebelum ini telah membuat laporan ke pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung penipuan dalam isu CEC tersebut.Sementara itu David berkata, sebab utama beliau dan rakannya menyokong BN kerana manifesto BN yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak."Kami semua sokong BN pada PRU-13 ini selepas melihat manifesto BN adalah aku janji tulen, yang nyata membela kaum India berbanding pembangkang yang tidak mengiktiraf itu sebagai aku janji," katanya pada sidang akhbar di Ladang Regent, Gemencheh, dekat sini malam tadi.Katanya, mereka telah lebih 24 tahun bersama DAP namun hasilnya tidak memihak kepada kaum India."DAP membisu dalam isu CEC dan bercakap soal salah taip. Hari ini, isu salah taip dan silap kira timbul lagi dalam pembikinan projek mega DAP termasuk terowong yang menelan belanja berbilion ringgit itu."Ketua Menteri, Lim Guan Eng macam budak sekolah, kamu mentadbir negeri, takkanlah asyik silap kira dan silap taip,'' katanya.
Tambah David lagi, Guan Eng juga sering 'diselamatkan' oleh bapanya, Lim Kit Siang dan sebab itulah ahli akar umbi menggelarkan DAP pada hari ini parti penuh dengan sandiwara kerana di dalamnya terdapat bintang "Bollywood" dan "Hong Kong".David berkata, beliau dan rakan-rakannya akan menjelajah ke seluruh negeri untuk mendekati kaum India dan menjelaskan mengapa mereka menyokong BN dan menceritakan pengalaman 'ngeri' berada dalam DAP, sehingga kaum India dipermain-mainkan.
"Saya percaya, lambat laun kami akan dipecat sebagai ahli DAP. Tunggulah masa yang sesuai untuk kami keluar beramai-ramai daripada DAP ini. Ahli kami di peringkat cawangan juga akan turut sama dibawa menyokong BN dalam PRU-13 ini,'' katanya.
Pada majlis itu juga, beliau turut menerima borang keahlian Persatuan Penyokong BN kaum India Negeri Sembilan daripada penasihatnya, Mohamad Hafidz Jafelis.
Labels:
Melayu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment