14/04/2013

Senarai Calon BN Perak Diumum Selepas Terima Watikah PM


IMG 7186


Barisan Nasional Perak akan mengumumkan senarai calon yang bertanding dalam pilihan raya umum ke- 13 sebaik sahaja calon-calon berkenaan menerima watikah daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN.
Pengerusi Barisan Nasional Negeri Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang juga Menteri Besar Perak berkata mereka dijangka menerima watikah masing-masing dalam masa yang terdekat ini. 
Dr Zambry berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Projek Strategi Lautan Biru Kebangsaan Kejiranan Indah Rumah Pangsa Kinta Heights, Jalan Silang dan Jalan Bijih Timah, Ipoh hari ini. 
Ditanya mengenai persediaan BN tentang kemungkinan berlakunya pertandingan tiga penjuru bagi kerusi DUN Behrang dalam pilihanraya umum ke -13 nanti, katanya, bukan soal di Behrang sahaja ianya boleh berlaku di kawasan-kawasan lain dan BN Perak akan meneliti kedudukan di semua tempat.
“Saya tidak mahu mengkhususkan hanya di Behrang tetapi juga di semua kawasan dan kita sedang meneliti kedudukan semua kerusi ini,” katanya. 
IMG 7284

No comments:

Post a Comment