22/04/2013

Berita Baik : Manifesto BN Perak – Memacu Ekonomi Untuk Rakyat.


ekonomi


Akujanji untuk peluang berkualiti:-
 
1.    Bandar Industri otomobil Tanjung Malim.
2.    Kawasan bebas cukai Pangkor.
3.    Zon ekonomi khas yang meliputi Kamunting, Kampar, Pantai Remis, Teluk Intan – Bagan Datok, Lekir – Pasir Panjang.
4.    Meningkatkan usaha bagi menarik pelaburan luar dan dalam negara menceburi bidang-bidang industry baru di Negeri Perak.
5.    Membangunkan hub-hub perniagaan dan industry teknologi tinggi di kawasan segi tiga pertumbuhan tengah Perak antara Lebuhraya Utara Selatan – Lebuhraya Pantai Barat – Lebuhraya Ipoh Lumut.
6.    Membangunkan industry IKS hiliran dan huluan dengan kerjasama syarikat pelaburan nilai tinggi di Negeri Perak di bawah konsep Pembangunan IKS Korporat (CSMED)
7.    Mengembalikan kegemilangan perlombongan dan mineral Negeri Perak yang bersepadu dan sistematik.
8.    Meningkatkan peruntukan bagi pembiayaan mikro kredit.
 
Antara yang telah dilaksanakan ialah:-
 
1.    Mencapai pelaburan dalam dan luar negara sejumlah RM15.3 bilion (2010-2012).
2.    Purata pertumbuhan pelaburan dalam sektor perindustrian sebanyak 7.1%.
3.    Rizab kerajaan negeri sehingga Disember 2012 berjumlah RM778.13 juta.
4.    Melaksanakan pembangunan kluster ekonomi. Enam kawasan zon cluster ekonomi telah dikenalpasti : Lembah Kinta, Lembah Beriah, Ulu Bernam, Ulu Perak Timur, Manjung dan Hilir Perak.
5.    RM15.24 juta pembiayaan mikro kredit kepada 1,984 penerima.

No comments:

Post a Comment