20/04/2013

6,000 Penyokong Iringi Dr Zambry


manjung1


Lebih daripada enam ribu penyokong Barisan Nasional kawasan Parlimen Lumut, telah hadir beramai-ramai ke Pusat Penamaan Calon di Manjung pagi ini, untuk menunjukkan sokongan kepada calon-calon  BN yang bertanding dalam PRU-13.
Mereka yang tiba di perkarangan Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung seawal 8pagi, membawa bersama sepanduk sambil bersorak, berzikir dan mendendangkan lagu-lagu patriotik sementara menunggu ketibaan calon yang disokong.
Parlimen tersebut merupakan salah satu tumpuan utama di Negeri Perak kerana Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir merupakan salah seorang calon Barisan Nasional yang bertanding. Ketibaan Dr Zambry pada pukul 8.30 pagi diiringi oleh isteri, Datin Seri Saripah Zulkipli serta pencadang Azri Jaafar, disambut dengan sorakan oleh penyokong Barisan Nasional.
Dr Zambry akan mempertahankan kerusi N52 Pangkor dalam pertandingan tiga penjuru melawan wakil PKR Saifullah Mohd Zulkifli serta calon bebas.
Sementara itu, Datuk Seri Kong Cho Ha akan mempertahankan kerusi Parlimen Lumut yang dimenangi pada PRU-12. Beliau berhadapan dengan Laksamana (B) Imran Abdul Hadi calon PAS untuk kerusi P074 itu.
manjung2

No comments:

Post a Comment