17/04/2013

Mustafa Dakwa UMNO Guna Sentimen Tragedi 13 Mei


mustapha-ali


Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali terus mengecam UMNO dan Barisan Nasional (BN) tetapi bukan berkaitan video seks yang dikatakan mirip beliau, sebaliknya dalam soal tragedi 13 Mei.
Mustafa mendakwa, UMNO dan BN menggunakan sentimen 13 Mei itu untuk menggugut rakyat, kononnya akan berlaku rusuhan jika pakatan pembangkang memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). 
Katanya, ia bersandarkan bukti apabila berlaku tragedi 13 Mei pada tahun 1969, semua negeri ditadbir kerajaan BN berhadapan rusuhan kaum, kecuali di Kelantan yang ditadbir Pas.

No comments:

Post a Comment