MENTERI Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua mantan ADUN dan Ahli Parlimen yang tidak terpilih bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini di atas kesanggupan mereka memberi laluan bagi generasi baru.
Menurutnya, tindakan itu memperlihatkan betapa peripentingnya semangat Barisan Nasional (BN) serta semangat musyawarah di kalangan bekas wakil rakyat.
"Semalam ketika pengumumam dibuat, tidak berlaku tentangan yang keterlaluan berbanding di pihak pembangkang di mana sehingga sekarang kita melihat mereka begitu penuh kesukaran untuk mencapai kata sepakat.
"Kita kena faham dalam konteks BN, kita dapat bekerja dalam satu pasukan dan membuat keputusan dalam satu pasukan dan dalam hal ini tentunya kita hanya akan dapat segala-segala yang kita kehendaki.
"Namun demikian, ada satu pihak lain yang juga tidak mendapat apa yang dikehendaki. Yang penting ialah semangat perkongsian ini dan hari ini saya dapat saksikan semangat perkongsian ini dilakukan dengan sebaik-baiknya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Damar Laut di Dewan BNBBC Batu 4, Segari dekat sini, pada Rabu.
Hadir sama, Ketua Pemuda BN Perak, Khairul Azwan Harun dan Pengarah PDM Damar Laut, Azri Jaafar.
Sementara itu, Zambry berkata, dari segi calon yang ada beliau ingin sebutkan di sini bahawa calon-calon yang BN pilih adalah berdasar kepada pelbagai latar belakang kerana hendak memberi satu gambaran yang jelas kepada rakyat jelata.
"Calon BN terdiri daripada pelbagai latarbelakang iaitu daripada pemimpin di peringkat akar umbi sehinggalah ke peringkat mereka yang mempunyai kelayakan akademik paling tinggi seperti PHD.
"Di Perak umpamanya pada kali ini, kita telah pun mengemukakan dua orang lagi untuk peringkat DUN pemegang ijazah PHD.
"Begitu juga di kalangan profesional yang ada, guru-guru yang turut terpilih, golongan agama, termasuk juga mereka yang mempunyai daya kepimpinan di peringkat akar umbi.
"Mereka ini juga kita pilih supaya akhirnya BN itu akan dilihat mewakili semua peringkat latarbelakang masyarakat di Malaysia dan setiap kawasan.
"Inilah gambarannya dan saya bersyukur kerana respon yang saya dapat daripada pelbagai pihak melihat bagaimana kombinasi yang baik di Negeri Perak ini dengan harapan ianya dapat memberi satu harapan baru.
"Ianya akan menterjemahkan kepada proses pembaharuan, proses transformasi politik seperti yang diwarwarkan oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

No comments:
Post a Comment