NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pembangkang semakin terdesak sehingga terpaksa melakukan apa sahaja termasuk menawarkan habuan untuk menarik semula wakil rakyat mereka yang menyertai Barisan Nasional (BN) kembali semua kepangkuan pembangkang.
Menurutnya, cita-cita pembangkang untuk merampas Putrajaya terlalu besar sehingga sanggup membuat perkara yang bertentangan dengan prinsip demokrasi.
''Di saat-saat akhir ini, berbagai cara mereka buat untuk pujuk bekas wakil rakyat mereka dengan memberi janji dan habuan. Ini tidak ubah seperti menjilat ludah sendiri kerana sebelum ini melemparkan pelbagai tuduhan terhadap BN.
''Mereka juga nak guna bekas wakil rakyat ini berkempen memburuk-burukkan BN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Mesra Bersama Pemimpin di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Sumun dekat Bagan Datoh.
Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin dalam satu ceramah sebelum ini mendedahkan cubaan menawarkan habuan kepada beberapa bekas pemimpin dan wakil rakyat supaya kembali menyokong pakatan pembangkang.
Zuklifli mendakwa, ada antara bekas wakil rakyat terbabit juga diugut.
Ahmad Zahid turut mengingatkan bakal calon BN yang tidak terpilih supaya tidak terpengaruh jika didekati mana-mana pihak yang cuba menyogok mereka untuk menyertai pembangkang.
Menurutnya, beliau turut membidas sikap pemimpin pembangkang yang sering menuduh UMNO dan BN sebagai dalang terhadap segala krisis dalaman membabitkan mereka.
''Apabila jadi begitu, siapa lagi yang mereka nak salahkan? Mereka akan salahkan seteru atau musuh politik mereka sedangkan itu masalah dalaman mereka sendiri," katanya.

No comments:
Post a Comment