25/04/2013

Barisan Nasional Tetap Pelihara Kedaulatan Raja-Raja - Tajuddin


aaaaaaa

Pengerusi FELCRA juga calon Barisan Nasional P73 Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, Barisan Nasional (BN) tetap memelihara kedaulatan raja-raja di negara sebagai Ketua Negara dan Agama Islam. 
Sebaliknya, kata beliau, pakatan pembangkang telah mengajar rakyat supaya mencemar kedaulatan raja-raja, seperti menganjurkan demostrasi di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar semasa penukaran kerajaan di Perak pada 2009.
"Semasa penukaran Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menjadi Menteri Besar Perak, pembangkang membuat tunjuk perasaaan di istana dengan memaki, membaling batu dan menghina sultan kita, adakah itu perjuangan yang baik di bawa PR, " katanya ketika memberi ceramah di Majlis Santai Koperasi PDM Bandar Pusat Seberang Perak, Changkat Lada hari ini.

No comments:

Post a Comment