29/04/2013
Pembangkang Putar Belit Kenyataan Raja Dr. Nazrin, Tun Musa Hitam
PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir kesal dengan tindakan parti pembangkang yang terus memanipulasi petikan ucapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam sebagai modal politik sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Menurutnya, tindakan pembangkang menggunakan petikan ucapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam sebagai tidak bertanggungjawab.
"Pembangkang menggunakan petikan ucapan yang disedut atau ambil sebahagiannya sahaja seperti titah ucapan Pemangku Raja Perak diluar konteks dan menyebarkannya konon-kononnya parti mereka yang terbaik.
"Sekarang ini kita lihat mereka memetik pula kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam walaupun beliau (Tun Musa Hitam) mengatakan bahawa dia tidak membenarkan mana-mana pihak sekali pun menggunakan petikan itu bagi tujuan politik mereka.
"Tapi kita lihat, mereka melakukannya di seluruh Negeri Perak.
"Bagi saya, ini adalah perbuatan yang tidak bertangungjawab dengan memanipulasi, mengelirukan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh kalangan tertentu bagi mencapai tujuan dan matlamat politik mereka sepanjang pilihan raya ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Kenduri Rakyat di perkarangan Dewan Tan Sri Ghazali Jawi di Slim, dekat Tanjung Malim hari ini.
Labels:
Melayu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment