27/04/2013

Perlembagaan Sendiri Yang Tidak Diamalkan oleh Pemimpin Dap


Matlamat Parti

Matlamat DAP seperti mana yang digariskan di dalam Perlembagaannya adalah:
  1. Berjuang menerusi cara-cara berperlembagaan dalam menubuhkan satu masyarakat bercorak demokratik sosialis di Malaysia; (sosialis nama lain bagi kominis)
  2. Memajukan dan melindungi kekuatan dan kemerdekaan negara Malaysia; (adakah malaysia tidak cukup maju dan tidak cukup kuat untuk pertahankan kemerdekaan)
  3. Memelihara negara Malaysia yang demokratik berasaskan hak mengundi dewasa sejagat rakyat Malaysia; (adakah malaysia tidak cukup demokratik sehingga rakyat tidak boleh mengundi?)
  4. Menghapuskan ketidakseimbangan ekonomi dan peluang dalam sistem sedia ada; menubuhkan satu susunan ekonomi yang memberikan peluang pekerjaan kepada seluruh rakyat dan pulangan ekonomi setimpal dengan usaha dan kemahiran mereka; memastikan kehidupan yang memuaskan dan keselamatan sosial kepada golongan tua dan kurang upaya. (adakah dap menidakkan peluang kerajaan yang telah menghasilkan jutawan dikalangan cina?)
  5. Menyemai semangat perpaduan negara, bermaruah dan berdikari di kalangan rakyat Malaysia dan menggalakkan mereka dengan perasaan untuk berikhtiar dalam mewujudkan satu masyarakat yang makmur, stabil dan saksama; (adakah dap lupa bahawa merekalah punca kepada perbalahan kaum pada 1969 kerana tamakkan kuasa?)
  6. Menyebarkan segala maklumat menerusi kaedah yang sah dan berperlembagaan yang ada termasuk percetakan dan pengedaran jurnal, lidah rasmi Parti dan surat khabar. ( adakah dap sendiri mengamalkan kebebasan bersuara kepada ahli ahlinya?)

Misi DAP

Misi DAP adalah untuk membawa perubahan yang positif ke atas taraf hidup rakyat Malaysia. Demi mencapai misi tersebut, pemimpin-pemimpin DAP dan ahli-ahli DAP perlu bersatu-padu, dan berkongsi matlamat yang tertumpu kepada fahaman dan prinsip parti DAP, berupaya menggembleng tenaga Rakyat Malaysia berbakat yang cekap dari segi ekonomi; dan juga berkebolehan dalam menyampaikan pengurusan pentadbiran am secara efisien. (Misi dap ini sepatutnya dilaksanakan didalam parti itu sendiri terlebih dahulu untuk dijadikan contoh kepada masyarakat dan rakyat malaysia). SUMBER

No comments:

Post a Comment