26/04/2013

Dr Zambry : 'Saya tak perlu layan cabaran Nizar'


IMG55

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menolak cabaran Nizar Jamaluddin untuk berdebat berhubung isu dakwaan pembangkang mengenai pemberian 63,000 ekar tanah konon kepada kroninya.
Katanya, buat masa ini beliau tidak perlu melayani cabaran Nizar kerana tahu Nizar sengaja mahu memutar-belitkan keadaan kerana isu itu telahpun dibahaskan secara terperinci dalam Dewan Undangan Negeri
Menurut Dr Zambry, Nizar sengaja mahu memainkan isu ini kerana mahu menimbulkan sedikit keraguan dan sebagainya  kerana dalam tempoh pilihanraya yang ada beberapa hari lagi.
"Yang penting apa saja cara yang boleh mereka mainkan mereka main untuk mengurangkan sokongan rakyat kepada Zambry dan Barisan Nasional, buatlah apa cerita sekalipun buatlah,’’ katanya kepada pemberita selepas di majlis pecah tanah pembinaan surau baru di Taman Perumahan  Awam 2, Air Kuning, Tapah hari ini.
Beliau turut menganggap tuduhan yang dibuat oleh Nizar sebagai amat serius dan akan melihat apa tindakan  seterusnya yang boleh diambil IMG56IMG57terhadap NIzar.
"Saya nak tengok apa yang mereka nak buat dan perkara itu telahpun dibangkitkan oleh Ngeh Koo Ham sebelum ini dan kita bahaskan dalam Dewan,’’ katanya.
Ditanya mengenai dakwaan pembangkang memiliki manifesto BN lebih awal, katanya, itu merupakan satu perbuatan yang cukup tidak profesional.
"Kita buat tapi belum  apapun mereka dah keluarkan kita punya... ini bukan gentlemen namanya,’’ katanya.

No comments:

Post a Comment