29/04/2013

BN Yakin Rampas DUN Sungkai dan Behrang, Kekalkan Parlimen Tanjung Malim, DUN Slim


Image

MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Zambry. Abd Kadir yakin Barisan Nasional (BN) dapat merampas semula dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikuasai pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

Menurutnya, dua kerusi DUN tersebut ialah Sungkai dan Behrang.

Dr. Zambry berkata, beliau turun yakin, BN dapat mempertahankan kerusi Parlimen Tanjung Malim dan DUN Slim pada PRU-13, pada 5 Mei depan.

Menurutnya, keyakinan ini berdasarkan kepada sokongan rakyat yang semakin meningkat di kawasan Parlimen Tanjung Malim.

"Selain sokongan padu rakyat, BN memiliki calon yang mempunyai kelebihan bertutur dalam tiga bahasa seperti Goh (Goh Kim Swee) sekaligus memudahkan mereka berkhidmat untuk rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Dewan Serbaguna Seri Sungkai yang berharga RM 1.4 juta.

Menurutnya, calon DUN Behrang, Datuk Rusnah Kasim pula terkenal sebagai seorang pemimpin Pergerakan Wanita UMNO yang rajin bekerja.

"Beliau bertanding di DUN Hulu Kinta pada pilihan raya 2008 tetapi untuk PRU-13, kita meletakkan Rusnah bertanding di DUN Behrang," katanya.

Menurutnya, berdasarkan kualiti calon yang ditonjolkan, rakyat di kawasan Parlimen Tanjung Malim perlu terus memberi sokongan kepada BN pada PRU-13.

Terdahulu, Zambry menyampaikan sumbangan kepada 200 keluarga yang terjejas banjir di sekitar DUN Slim menerusi peruntukan Tabung Bencana Daerah.

No comments:

Post a Comment