Jolokan 'calon kembar' kepada dua calon Barisan Nasional(BN) Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Ghazali dan calon BN Dun Gunung Semanggol, Zulkarnain Ismail jelas memberikan kelebihan besar kepada mereka pada sepanjang kempen pilihan raya umum ke-13(PRU13) yang sedang berlangsung.
Langsung tidak berkecil hati dengan jolokan diberikan masyarakat Bagan Serai, Dr Noor Azmi dan Zulkarnain sebaliknya menyifatkan gelaran itu satu rahmat kepada BN kerana membuktikan rakyat Bagan Serai kini sudah mula mahu lebih mendekati calon-calon BN dipilih pucuk kepimpinan parti.
Dr Noor Azmi berkata, gelaran itu sebenarnya memberikan nilai tambah dalam usaha kempen beliau memandangkan rakyat seolah-olah akan melihat dua calon BN itu berada di mana-mana memandangkan rias wajah, susuk tubuh, ketinggian badan, gaya percakapan dan telatah mereka berdua hampir sama.
No comments:
Post a Comment