22/04/2013

70 Ahli DAP Pantai Remis Umum Keluar Parti, Sokong BN

YAHOO!!!
 SOKONG BN!!!  SOKONG BN!!!  SOKONG BN!!!

Image

JIKA semalam, kira-kira 1,000 ahli PKR Cabang Lumut bertindak keluar parti, hari ini seramai 70 ahli DAP dari Cawangan Changkat Keruing dan Taman Bintang, dekat Pantai Remis bertindak meninggalkan DAP dan berikrar memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Wakil bekas ahli, G. Haridas berkata, sepanjang tempoh bergelar wakil rakyat Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham tidak melaksanakan tanggungjawab beliau dengan baik dan menganaktirikan pengundi India di kawasan itu.

"Pengundi juga berasa kecewa kerana sebelum ini Koo Ham mengeluarkan kenyataan yang menghina kaum India, sekaligus menunjukkan beliau seorang pemimpin yang memiliki sifat perkauman.

"Beliau tidak pernah turun padang untuk melihat atau meninjau masalah pengundi India sebaliknya menyerahkan segala urusan itu kepada Setiausaha Politiknya yang dilihat lebih mengutamakan pengundi Cina.

"Bagi mengelak kami terus dipinggirkan oleh DAP, hari ini saya dan rakan-rakan mengambil keputusan keluar parti pembangkang demi masa depan yang lebih baik bersama Kerajaan BN," katanya kepada pemberita di Pantai Remis, hari ini.

Menurutnya, calon BN yang juga Naib Pengerusi GERAKAN, Datuk Chang Ko Youn; calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Baharu, Datuk Abd Manap Hashim dan calon DUN Pantai Remis, Koh Ser Yun banyak membantu dan menyelesaikan masalah pengundi India di Beruas.

"Saya akan membantu BN untuk merampas kembali kerusi Parlimen Beruas dan DUN Pantai Remis yang dimenangi DAP pada pilihan raya 2008.

"Kami akan pastikan mimpi Pakatan Rakyat (PR) untuk menakluk Putrajaya tidak akan menjadi kenyataan," katanya.

No comments:

Post a Comment