Rakyat mesti memilih pemimpin yang cekap dan adil untuk memerintah bagi memastikan keamanan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, sebagai rakyat yang hidup di dalam sebuah negara majmuk, mereka perlu memilih kerajaan yang mampu menjamin perpaduan dan keamanan sesama kaum dan agama.
"Jika kita lihat di negara lain, ada pemerintah kuku besi yang tidak menghiraukan rakyat, tetapi kerajaan kita sangat mementingkan rakyat," ujar beliau semasa memberi ucapan di program Ceramah Perpaduan Ummah Menjelang PRU13 di Pengkalan TLDM, Lumut hari ini.
Beliau berkata, jika rakyat memilih kerajaan yang tidak cekap memerintah negara, maka petadbiran akan menjadi kucar kacir.
"Kerajaan kita telah memberi banyak kesenangan kepada rakyat, antaranya dalam bidang perubatan, kerajaan telah memastikan ubat-ubatan yang terbaik untuk rakyat supaya kesihatan rakyat di negara kita terjamin," tambahnya.
Menyentuh tentang PRU13, Dr. Mahathir berharap rakyat dapat membuat penilaian yang rasional dan waras, tanpa dipengaruhi emosi, sebelum membuat keputusan.
"Jika dilihat kepada parti pembangkang tujuan mereka sendiri sudah tidak sama, mereka mengunakan emosi dan perasaan benci terhadap UMNO. Satu parti perjuangkan Islam tetapi mengkafirkan orang lain, adakah itu yang di ajar dalam Islam?" tanya beliau.
Beliau berkata, pembangkang hanya mahu ke Putrajaya dan ada yang hanya mahu menjadi Perdana Menteri.
"Adakah kita mahu pemerintahan seperti ini menguruskab negara kita? tanya beliau lagi.
Beliau menambah, pakatan pembangkang juga tidak sehaluan dan sering berbalah dalam banyak perkara.
"Sekarang pun mereka berbalah sesama sendiri untuk menentukan calon, di manakah perjuangan mereka? Mereka bukan bersatu, tetapi berpakat sebab mereka berlainan perjuangan, sebab itu nama mereka Pakatan.
"Barisan Nasional adalah satu parti yang sangat istimewa, gabungan 14 buat parti dari berbilang bangsa dan agama, kita bersama membentuk negara," ujar beliau.
Sehubungan itu, Dr. Mahathir menyeru rakyat untuk memilih pemimpin yang cekap untuk membentuk negara, bukan semata-mata kuasa dan janji yang tidak masuk akal.SUMBER
No comments:
Post a Comment