26/04/2013

MB Arah Polis Siasat Insiden Serangan Molotov Cocktail

IMG 0909

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengarahkan polis supaya menjalankan penyiasatan berhubung insiden serangan  molotov cocktail di bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) DUN Jelapang awal pagi semalam.
Sambil menyatakan rasa sedihnya berhubung insiden itu, beliau beharap, pihak polis dapat menangkap dan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang terbabit dalam insiden itu.
Sehubungan itu beliau berharap rakyat  Perak tidak terjerumus dalam permainan yang tidak memberikan kebaikkan kepada proses pilihan raya ini      
``Jarang kita mendengar ada kejadian membakar pusat daerah mengundi dan insiden yang berlaku ini menyedihkan saya,’’ katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah projek pembinaan surau taman perumahan, Air Kuning, Tapah hari ini.
Beliau diminta mengulas insiden serangan Molotov cocktail sehingga mengakibatkan sebahagian daripada bilik gerakan BN , Taman Desa Rishah Indah, Jelapang terbakar dan mengalami kerosakan.
Kejadian itu disedari salah seorang petugas yang berada di bilik gerakan tersebut dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 5 pagi itu.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, Pasukan Cantas yang sedang melakukan rondaan segera mengejar sebuah kereta jenis Nissan Sentra dipercayai kumpulan lelaki yang menyerang bilik gerakan tersebut.
Menurutnya, berlaku adegan kejar mengejar antara Pasukan Cantas dan suspek sehingga menyebabkan kereta yang dinaiki suspek terbabas ke bahu jalan.
"Tiga suspek yang dipercayai dalam lingkungan 20-an itu bagaimanapun berjaya meloloskan diri daripada ditahan pihak berkuasa," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, semalam.
SUMBER

No comments:

Post a Comment