17/04/2013
Kaum India Terima Lebih Ramai Lagi Wakil Dalam Kerajaan
BAGI memastikan kaun India di negeri ini terus mempunyai wakil dalam kerajaan, Barisan Nasional (BN) Perak telah memperkenalkan satu pendekatan yang kreatif di atas prinsip semangat BN.
Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, berdasarkan kepada satu formular kreatif yang dikemukaan oleh pihak MIC, kita bersetuju menggunakan satu pendekatan baru bagi memastikan wakil masyarakat India lebih kelihatan dalam kerajaan.
"Jadi mereka (MIC) telah menggemukakan cadangan ini dan kita telah bersetuju dengan cadangan ini.
"Tiga kerusi untuk Dewan Undangan Negeri (DUN), dua (jawatan) Senator MIC daripada Perak dan saya akan tambah satu lagi (iaitu) Penasihat Menteri Besar.
"Jadi dengan sendirinya, bilangan (wakil India) ini lebih besar lagi daripada dahulu sebab kita hendak masyarakat India ada penglibatan mereka.
"Ini adalah cadangan daripada pihak MIC dan pihak pimpinan pusat bersetuju dengan cadangan yang diberikan ini.
"Walaupun tiga (wakil) tetapi ada tambahan dua orang senator dan saya umumkan tambahan satu lagi untuk Penasihat Menteri Besar bertaraf Exco," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan senarai penuh calon BN Perak di Ipoh, hari ini.
Menurutnya, sekiranya hendak mencari tempat untuk meletakkan calon India bertanding, iainya sesuatu yang amat sukar memandangkan ketiadaan kawasan yang majoritinya kaum India di negeri ini.
"Jadi pendekatan ini adalah yang terbaik. Kita tidak boleh cari (kawasan) yang majoriti (penduduk India), jadi kita mencari pendekatan yang lebih kreatif. Ini adalah semangat BN," katanya.
Labels:
Melayu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment