08/04/2013

BN Mengalu-alukan Hasrat Imran Bertanding Di Lumut


Image


PENGUMUMAN Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk meletakkan bekas pegawai tertinggi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid sebagai calon di Parlimen Lumut, disambut baik Barisan Nasional (BN).

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pihak BN tidak ada sebarang masalah sekiranya benar Imran bertanding di kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"Di dalam sistem demokrasi, sesiapa sahaja bebas bertanding di mana sahaja yang mereka mahu.

"Situasi ini sama seperti apa yang mereka telah umumkan sebelum ini iaitu kononnya Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) akan bertanding di Perak dan kita menyambut baik asalkan mereka bertanding secara baik.

"Jangan menghentam orang, memfitnah orang, kawan sudah menjadi lawan umpamanya. Jadi.. saya tidak menjadi masalah. Kita persilakanlah dia," katanya kepada pemberita di Ipoh, hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya desas desus yang menyatakan bekas Laksamana itu akan menggunakan tentera laut untuk meraih undi, Dr. Zambry berkata, ia merupakan hak rakyat untuk membuat pilihan.

"Mungkin itu yang dia fikirkan dan saya percaya dia tidak akan berbuat begitu kerana semua orang bebas untuk mengundi dan memilih calon yang terbaik untuk diundi," katanya.

No comments:

Post a Comment