16/04/2013

Datuk Seri Najib Tun Razak : “Saya lebih risaukan tentang kekecewaan rakyat,”




“Saya lebih risaukan tentang kekecewaan rakyat,” tegas Datuk Seri Najib Tun Razak apabila ditanya cara beliau berhadapan mereka yang kecewa kerana tidak terpilih sebagai calon berikutan berlakunya perubahan dalam penentuan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Sebaik sahaja beliau menyebut kata-kata tersebut para pemimpin utama parti-parti komponen menyambutnya dengan tepukan gemuruh sebagai tanda sokongan tidak berbelah bahagi mereka kepada perjuangan Najib mendahulukan kepentingan rakyat .
Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, pemimpin-pemimpin yang tidak terpilih dalam PRU-13 kali ini bukan bererti mereka gagal, bermasalah atau ada kepincangan.
“Namun dalam keadaan yang mana masyarakat serta pengundi menuntut kepada perubahan maka sebahagian daripada anggota kita terpaksalah memberi laluan, kalau tidak beri laluan tiadalah perubahan.
“Sebab itulah saya amat berterima kasih kepada semua wakil rakyat termasuk dalam anggota pentadbiran dan sekiranya mereka tidak bertanding, ini bukan satu penafian atas khidmat mereka dan sumbangan mereka selama ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan watikah pelantikan dan aku janji kepada Pengerusi-pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri dan presiden parti komponen.

No comments:

Post a Comment