17/04/2013

Keluar Gerakan, Tanding Sebagai Calon Bebas Di Batu Kawan



Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Batu Kawan, A. Mohan meninggalkan parti Gerakan dan akan bertanding sebagai calon bebas di kerusi tersebut.
Naib Pengerusi Gerakan Permatang Pauh berusia 53 tahun itu berkata, beliau kecewa kerana parti tidak mencalonkannya untuk bertanding di kerusi Parlimen tersebut.
Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pada Isnin mengumumkan bekas Naib Presiden PKR, N. Gobalakrishnan sebagai calon pilihan parti untuk bertanding di Batu Kawan. 
"Saya setia berkhidmat kepada penduduk di Batu Kawan selama empat tahun.
"Menggugurkan saya daripada senarai Barisan di Pulau Pinang menunjukkan khidmat saya tidak dihargai," katanya.

No comments:

Post a Comment