27/04/2013

Pembangkang Ketandusan Modal...


 PERAK TODAY 5

Pembangkang dilihat seperti sudah ketandusan modal apabila sanggup membangkitkan isu yang remeh-temeh untuk memburuk-burukkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Dengan tujuan mengelirukan pemikiran rakyat, tindakan pembangkang itu bagaimanapun langsung tidak menjadi kudis buat DS Rosmah dan keluarganya yang begitu sabar dan tabah menghadapi setiap ujian yang mendatang.
“Sebenarnya, sebagai isteri kepada pemimpin nombor satu negara, rasanya sudah kering air mata saya kerana menangis akibat mengenangkan pelbagai fitnah yang dilemparkan kepada saya sekeluarga.
“Namun selepas tangisan berakhir, ia memberi semangat dan kekuatan kepada saya untuk terus bangun dan menghadapi semua fitnah yang dilemparkan pihak pembangkang,” katanya pada majlis perjumpaan dengan 600 kakitangan DRB Hicom dan penjawat awam dalam Parlimen Pekan, di kediaman rasmi PM di Pekan, petang tadi.
Rosmah yang juga Dipertua BAKTI, berkata beliau sejujurnya ingin memberi penjelasan kepada rakyat agar mereka tidak mudah terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan pembangkang.
Tegasnya, beliau mengenepikan perasaan sedih itu dengan berfikiran positif serta menguatkan diri dari segi fizikal dan mental.
“Segala kutukan dan fitnah yang dilemparkan menjadikan saya lebih kuat untuk menghadapi situasi berkenaan demi keluarga serta kesejahteraan rakyat negara ini.
Isteri Perdana Menteri lagi, pihak pembangkang cuba mengelirukan pemikiran rakyat dengan melemparkan fitnah yang tidak berasas kepadanya.
Rakyat tambah Rosmah, perlu bijak menilai  dan menyelidik terlebih dahulu setiap fitnah yang dilemparkan kepada beliau sekeluarga sebelum mempercayainya bulat-bulat.
“Pembangkang ingin mencelarukan pemikiran rakyat supaya mereka tidak boleh berfikir dan saya harap sangat kepada rakyat agar tolong selidik dahulu setiap fitnah yang dilemparkan kepada keluarga saya,” katanya.
Terbaru, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, memanggil sidang media untuk mendedahkan jumlah saman AES yang belum dibayar oleh Isteri Perdana Menteri itu.
Mengulas perkara itu, Rosmah berkata, pembangkang sudah kehabisan modal apabila membangkitkan isu saman sedangkan Rafizi sendiri memiliki sembilan saman trafik AES yang masih belum dibayar.
Rosmah turut berkongsi pengalaman berjumpa dengan Imam Masjid Nabawi yang menyatakan kepadanya ketenangan diri sangat penting dalam menjalani kehidupan seharian.
“Selain jiwa yang bersih, jangan ada tenaga negatif seperti buruk sangka kepada orang lain. Yang penting jaga diri sendiri dan rumah tangga kita dan yang ketiga, mudah memaafkan orang yang melakukan kesalahan terhadap kita,” tambahnya. SUMBER

No comments:

Post a Comment