12/04/2013

60 Ahli Dan Penyokong Tegar PAS Pasir Salak Keluar Parti, Sertai UMNO


wadah1


Setelah merasa tertipu dengan janji palsu PAS, 60 penyokong tegar di Pasir Salak nekad meninggalkan parti itu.
Mereka juga tidak mahu lagi bersubahat dengan parti yang sanggup menggadaikan agama demi mencapai cita-cita politik.
Kumpulan yang diketuai Haji Samiran Safuan, 64, kemudian menyerahkan borang permohonan menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dalam satu majlis khas malam tadi.
Penyerahan borang itu diadakan sempena program ilmu bertajuk Pilihanraya Wadah Perjuangan : Demi Agama, Bangsa dan Negara di perkarangan rumah Tajuddin.
Program itu menampilkan dua penceramah iaitu Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Datuk Zulkifi Nordin yang juga bekas peguam utama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Zahid Md Arip.
Hadir sama dalam program yang dihadiri lebih 5,000 orang itu ialah Exco kerajaan negeri yang juga Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Zainol Fadzi Paharudin dan para pemimpin UMNO bahagian.
wadah2

No comments:

Post a Comment