22/04/2013

Kamilia Tahu Tawaran Kerusi DUN Bukit Chandan

PANASNYA!!!

husni


Timbalan Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata bekas naib ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim mengetahui mengenai tawaran parti untuk beliau bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Chandan di Kuala Kangsar.  
"Saya kata dia tahu kerana pada satu ketika semasa saya bersama-sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib, ada menerima mesej daripada beliau (Kamilia). Saya tak nak beritahu apa mesej itu. Mengarut kalau dia tidak tahu," katanya.
Ahmad Husni mengulas kemungkinan Kamilia tidak mengetahui tawaran parti untuk bertanding di DUN Bukit Chandan sehingga membawa kepada tindakan beliau bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Parlimen Kuala Kangsar.  

No comments:

Post a Comment