25/04/2013

Berhati-hati Pembangkang Menyamar SPR - Abdullah Fadzi

Calon N49 Kampung Gajah, Abdullah Fauzi Datuk Ahmad Razali mengingat rakyat khususnya, pengundi di kawasan Kampung Gajah supaya berhati-hati dengan kemungkinan pembangkang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk merosakan Undi.

Menurut beliau, tindakan penyamaran oleh pihak yang tidak bertangungjawab ini bertujuan cuba untuk menganggu proses Pilihan Raya Umum ke - 13 (PRU-13) ini.

"Orang ini cuba menyamar sebagai pegawai SPR dan mencalit dakwa kekal kepada pengundi dan apabila waktu mengundi, pengundi ditolak kerana dianggap telah mengundi," katanya ketika berucap di majlis kesyukuran dan penyerahan bantuan Rumah Infra Yayasan Bina Upaya (YBU) di Kampung Bukit Chawi dan Kampung Pulau Juar di Kampung Gajah hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi YBU, Khairul Azwan Harun.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengundi, khususnya warga tuan yang tinggal berseorangan di rumah, supaya berhati-hati dan tidak tertipu dengan penyamaran yang tidak bertanggungjawab ini.

No comments:

Post a Comment