07/04/2013

Hari Terbuka Atm Tingkat Kesedaran Rakyat Terhadap Peranan, Tanggungjawap Anggota Tentera


Image


LANGKAH Kementerian Pertahanan yang menganjurkan sambutan Hari Terbuka Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serentak di seluruh negara hari mampu meningkatkan kesedaran rakyat terhadap peranan dan tanggungjawab anggota pasukan keselamatan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, program sempena Hari Sukarelawan Komuniti Ketenteraan (MCVD) di bawah Strategi Lautan Biru itu juga akan mempereratkan lagi hubungan antara tentera dan rakyat selain membina semangat patriotik terhadap negara.

"Saya bangga dengan penganjuran program sebegini kerana ia memberikan hubungan erat antara tentera dan rakyat jelata dengan membolehkan kita memahami peranan dan tanggungjawab ATM yang cukup besar untuk mempertahankan negara.

"Dengan adanya program ini ia dapat menambah lagi kesedaran di kalangan kita dan juga pihak tertentu yang memandang ringan terhadap kemampuan dan keupayaan angkatan tentera negara.

"Sekurang-kurangnya mereka dapat tahu dari segi peralatan dan program seperti ini dapat membina semangat patriotisma di kalangan rakyat yang berada di luar sana,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Program Hari Sukarelawan Komuniti Ketenteraan (MCVD) sempena Program Hari Terbuka ATM di Pangkalan TLDM di Lumut hari ini.
Hadir sama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Pelancaran Hari Terbuka ATM di Pangkalan TLDM Lumut disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut (PTL), Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Terdahulu, Dr. Zambry dan Kong turut menyampaikan sumbangan peribadi masing-masing kepada Tabung Perwira Negara Lahat Datu yang dilancarkan sempena program tersebut.

No comments:

Post a Comment