08/04/2013

HOT!!! Papa Gomo Bertanding PRU-13 Lawan Anwar Ibrahim..





Penulis blog pro Umno, Papa Gomo hari ini mengesahkan akan bertanding menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini.
Melalui kenyataan di laman mikro blog Twitter blogger terbabit, beliau berkata akan melawan ketua pembangkang itu walaupun sedar akan kekalahan yang bakal dilaluinya.
“Aku dah ambik keputusan akan bertanding PRU13 ni lawan Anwar Ibrahim. Lawan tetap lawan. Kalah sudah pasti tapi biar Anwar senak,” kata blogger berkenaan melalui akaun @papagomo.
Blogger berkenaan sebelum ini telah disaman RM 100 juta oleh Anwar apabila didakwa menyiarkan perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan ketua pembangkang itu dalam video seks dengan seorang lelaki di laman berkenaan.
PKR juga turut mendakwa nama sebenar blogger tersebut adalah Wan Muhammad Azri Wan Deris, 30 dan merupakan pengundi hantu.
Petikan dari berita TMI.
Jawapan aku papa gomo confirm kalah. Elokla simpan duit untuk bayar saman ratus2 juta tue wey. Jangan membazir duit untuk buat kerja2 bodoh walaupun ko memang bodoh.
Kah kah kah
Lagi satu..
Tak takut kantoi muka sebenar ke? Dah jumpa tuttt balik ke?
Kah kah kah

klik disini untik video


DI BAWAH ADALAH UCAPAN PAPA GOMO



Assalammuakaikum dan selamat sejahtera kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya penduduk di Permatang Pauh Pulau pinang.

Saya telah pun mengambil borang calon SPR bagi melayakkan diri saya bertanding di Parlimen Permatang Pauh pada PRU13 ini melalui wakil saya Saudara Rafi Awang Kecik yang juga merupakan Presiden Nadi Rakyat Malaysia. 

Saya mengumumkan untuk bertanding pada pilihanraya ini menentang Dato Sri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh bagi menunjukkan kepada Dato Sri Anwar Ibrahim yang saya benar benar serius untuk meminta beliau berundur secara terhormat dari Arena politik negara.

Sebelum ini saya telah pun memberikan amaran agar beliau berundur bagi mengelakkan video video aksi homoseks beliau dipaparkan kepada umum. Namun Dato Sri Anwar masih degil dan mahu mengheret pekara ini dengan lebih besar lagi.

Tun Dr Mahthir pernah memberikan Dato Sri Anwar Ibrahim nasihat untuk berundur secara terhormat sewaktu beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keewangan. Tun Dr Mahathir memberikan Dato Sri Anwar Ibrahim peluang untuk tidak diaibkan. Jadi saya juga telah melaksanakan apa yang idola saya Tun Mahathir lakukan dengan memberikan Amaran dan nasihat untuk Dato Sri Anwar Ibrahim berundur secara terhormat sebelum diaibkan dengan lebih dasyat lagi.

Saya mahu bertanding kerana saya mahu menyatakan kebenaran sebagai satu bukti nyata yang saya bukanlah menfitnah. Saya tampil masuk gelanggang bagi menyampaikan perkhabaran kepada dunia saya mahu rakyat sedar betapa rendah dan jijik moral Dato Sri Anwar Ibrahim yang mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia. 

Didalam pilihanraya ini lah medan terbaik untuk saya mendedahkan segala galanya yang mana dibantu dengan rakan rakan seperjuangan yang lain seperti Dato Eskay, Dato Nallakarupan, Ezam Mohd Nor, Ng Lum Yong, Zahid Mat Arip, Yb Zulkifli Nordin, Anuar Shaari, Hamizun, dan ramai lagi bekas bekas orang kanan Anwar Ibrahim yang kenal bentuk tubuh Dato Sri Anwar Ibrahim.

Kalah sudah pasti buat saya tetapi saya akan pastikan pengundi permatang pauh kenal dengan lebih dekat siapa Dato Sri Anwar Ibrahim ini apatah lagi dengan bukti yang ada ditangan saya.

Nantikan saya pada hari penamaan calon di Permatang Pauh. Misi Selamatkan Negara akan dilaksanakan saya dengan dibantu seluruh jentera NGO Nadi Rakyat yang diketuai Presidennya Saudara Rafi Awang Kecik.

No comments:

Post a Comment