08/04/2013

Jom Lihat Bagaimana Adun PKR Merancang Untuk Tindas Rakyat...






Keterangan video dipetik dari akaun you tube yang saya yakin ini adalah permainan sesama mereka sendiri.


Ini adalah video+audio original. Durasi asal terlalu panjang, jadi telah diringkaskan. Buat apa nak tipu, bukan dapat apa pun, dapat dosa sahaja.

Berikut adalah rakaman semasa mesyuarat tertutup untuk membincangkan isu jambatan besi di Petaling Jaya yang dihadiri oleh bekas ADUN Seri Setia, wakil ahli-ahli Parlimen, wakil pemaju PJCC, wakil konsesi lebuhraya NPE dan ahli majlis MBPJ.

Video ini disiarkan untuk membuktikan kepada rakyat, terutama rakyat kawasan Seri Setia dan Kelana Jaya bagaimana sikap sebenar bekas ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Video ini diserahkan oleh salah seorang yang kecewa dengan sikap Nik Nazmi sepanjang tempoh beliau memegang kerusi ADUN.

Sudah jelas terbukti dalam video ini bagaimana Nik Nazmi telah:
1. Tunduk kepada tuntutan pemaju (NPE) untuk merobohkan jambatan dan membiarkan rakyat merana dengan bayaran tol.

2. Menghina agama Hindu dengan panggilan seperti "kuil bawah pokok".

3. Menghina rakyat dengan meminta agar butiran mesyuarat ini tidak keluar kepada pengetahuan umum.

Ini bukan soal parti, tetapi soal individu yang telah korup.

Berbakti kepada rakyat, berkhidmat kepada negara.

TheRakyatMarhaen

Itulah wajah sebenar orang yang sering kata berjuang untuk rakyat. Nak tolong rakyat yang ditindas dan dizalimi. Padahal dia sendiri yang main belakang nak tindas rakyat. 

Depan rakyat merekalah yang lantang kononnya menentang tol, membantah tol, nak hapuskan tol. Kih...kih...kih...rakyat kena tipu beb. Belakang rakyat dia nak robohkan jambatan yang digunakan rakyat sebagai jalan alternatif untuk lari daripada tol, dan dia memihak kepada pemegang konsesi lebuh raya. Sampaikan naik angin hingga cabar orang yang membantah mempengurusikan mesyuarat. 

No comments:

Post a Comment