06/04/2013

Support BN Untuk Kerajaan Yang Stabil....


Rakyat diminta beri mandat kepada BN



Kuala Lumpur: Rakyat perlu terus memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) bagi membolehkannya meneruskan pelbagai agenda nasional khususnya Wawasan 2020.Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata rakyat berbilang kaum dan agama perlu memastikan tiada parti yang memerintah negara kecuali BN. 

Kerajaan stabil
 





Katanya, dengan menyokong semua parti komponen BN, bermakna rakyat memilih sebuah kerajaan yang stabil untuk tempoh lima tahun akan datang bagi meneruskan kecemerlangan dalam pelbagai bidang meliputi ekonomi, keselamatan dan perpaduan.

“Mandat itu sangat penting kerana dalam tempoh tujuh tahun lagi, menjelang 2020, kita akan mencapai status negara maju mengikut acuan sendiri. Sebab itulah Perdana Menteri memerlukan mandat daripada rakyat untuk menjayakan agenda nasional itu.

“Rakyat mesti menolak pembangkang bagi memastikan semua program, dasar dan transformasi kerajaan dapat diteruskan,” katanya berucap pada jamuan rakyat selepas menunaikan solat Jumaat di Madrasah Islahiniah Addiniyah, Wangsa Maju di sini, semalam. 

Hadir sama, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Dr Mohd Shafie Abdullah. 
Sumbangan RM52,000

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan sumbangan RM52,000 daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada 26 keluarga mangsa kebakaran di Kampung Puah, Gombak, baru-baru ini. Setiap keluarga menerima RM2,000.

Timbalan Perdana Menteri juga meminta rakyat supaya tidak terpedaya dengan dakyah pembangkang kononnya BN yang berusia lebih 50 tahun sudah tua serta perlu ditolak dan ditukar.

“Biarpun BN sudah lama wujud, namun pemimpinnya silih berganti dan masing-masing memiliki karisma untuk menjadikan Malaysia cemerlang, sekali gus membolehkan rakyat hidup sejahtera,” katanya.

Muhyiddin berkata, beliau dapat menyaksikan sendiri sokongan rakyat yang semakin meningkat terhadap BN berbanding pilihan raya umum lalu, berdasarkan reaksi mereka terhadap lawatannya ke seluruh negara.

“Tak kira siapa saja yang dicalonkan BN dalam pilihan raya nanti, undilah... jangan sesekali melakukan sabotaj sebagai tanda protes kerana amalan itu amat berbahaya kepada parti,” katanya.

I support BN. How about you all?


sumber: www.bharian.com.my

No comments:

Post a Comment