04/04/2013

Siapa Yang Akan Memenangi PRU-13?



Langkah pada sesi akhir untuk memenangi PRU 13 ini ialah meletakkan calon di kawasan Parlimen atau DUN. Berdasarkan minda cpj@pk, pemilihan calon untuk bertanding di sesuatu tempat adalah faktor yang sangat penting untuk memenangi hati rakyat atau pengundi setempat seterusnya memenangi kerusi yang dipertandingkan. Apa yang penting ialah calon yang hendak bertanding di sesuatu kawasan itu hendaklah memenuhi kriteria pemimpin yang menjadi idaman majoriti penduduk kawasan itu. Ini menjadi kritikal apabila pengundi atas pagar menjadi penentu kemenangan kepada seseorang calon bagi sesebuah parti yang bertanding. Oleh hal yang demikian, parti yang bijak meletakkan calon yang bersesuaian untuk bertanding di sesuatu kawasan mempunyai peluang yang lebih untuk menang. "Kalau main hentam jer, alamatlah.....!"
Secara logik mudah, bolehlah disenaraikan contoh-contoh paten pengundi di sesuatu tempat dan personaliti yang sesuai untuk bertanding.
1.  Kawasan Kampung  - Orang kampung suka pemimpin yang berbudi pekerti mulia, merendah diri, memahami perasaan orang kampung, boleh bergaul dengan orang kampung tanpa keegoan yang tinggi dan suka membantu orang kampung dalam pelbagai permasalahan di kampung dengan perasaan belas kasihan dan murah hati. Orang bandar tidak akan faham perasaan orang kampung. Hanya orang yang pernah hidup susah di kampung yang betul-betul layak!.
2.  Orang Bandar - Orang bandar terdiri daripada pelbagai latar belakang, namun pengalaman hidup di bandar mereka menjadi orang yang aktif, lasak, suka bersaing, tahan uji, kuat kemahuan dan seumpamanya namun orang bandar orang yang stress, suka hiburan, suka kemajuan, suka kemewahan, suka kehebatan, suka dikenali, suka publisiti, suka sosial, suka sukan dan banyaklah benda-benda yang menjadi tuntutan kepada orang bandar yang tidak seperti orang kampung. Jadi kalau letak calon di kawasan bandar orang yang 'monyok' dan bermotivasi rendah atau berfikiran kolot atau ketinggalan zaman, "mana boleh menang yeop!.
3.  Kawasan Elit -
4.  Kawasan Perindustrian-
5.  Kawasan Ilmu-
6.  Kawasan Kakitangan Awam/Guru-
7.  Kawasan Felda-
8.  Kawasan Peladangan/Kebun/Dusun/Sayur-sayuran-
9.  Kawasan sawah padi, getah dan kelapa sawit-
10.Kawasan Rencam
11.Kawasan kaum 
12.Kawasan pelbagai kaum 
13.Kawasan pendalaman

Cukuplah 13 paten kawasan untuk PRU 13 ini. Jangan pandang mudah untuk memilih dan meletakkan calon. Pakar strategi bagi parti yang mahu menang mesti sudah membuat kajian yang mendalam mengenai paten pengundi bagi setiap kawasan dan juga personaliti yang hendak dipertandingkan. Jangan main ikut nasib saja!Tuhan memang suruh berdoa, tetapi setelah berusaha bersungguh-sungguh dan bertawakkal kepada-Nya. Kalau main tawakkal saja tanpa usaha yang betul, itu BUKAN yang Tuhan ajarlah...Kalau menepati Syariaatullah dan Sunnatullah, pasti kemenangan bersama anda!

sumber

1 comment:

  1. Salam perkenalan,
    Blog sedare telah diapaut...
    tq

    ReplyDelete