Awal pagi tadi sebuah blog pro Pakatan Rakyat yang dikenali sebagai KEDAH LA dilihat berbangga apabila mendakwa dirinya mempunyai senarai penuh calon Barisan Nasional bagi negeri Kedah.
Melalui artikelnya (klik di sini) pada perenggan akhir, penulis ada menulis ayat seperti ini;
Cuma aku nak tanya pemimpin BN yang duk mesyuarat pasai calon calon tu..betui ka dak gambar ni dari dokumen hangpa..Sebab senang sangat nak curi..bukan curi pun, bayar RM5 + ayaq ketum sebungkus boleh dapat senarai calon hehehehe
Seharusnya, selaku blogger yang mengagungkan cara pemerintahan yang dikatakan islam oleh PAS, blogger itu lebih memahami hukum terhadap perbuatannya yang memberikan rasuah bagi memperolehi senarai calon tersebut adalah HARAM disisi agama.
Apakah hukum hakam halal dan haram sesuatu perlakuan hanya melibatkan UMNO/BN?
Sekalipun sudah memperolehi dan dijanjikan syurga oleh pemimpin PAS, pada pandangan admin, blogger tersebut tidak seharusnya melakukan perkara terkutuk seperti itu.
Malahan, tindakan blogger itu yang merasuah individu tidak bertanggungjawab dari Barisan Nasional dengan air ketum juga mencerminkan sikap biadap dan satu perlanggaran ke atas undang- undang negara yang telah mengklasifikasikan air ketum sebagai dadah.
No comments:
Post a Comment