03/04/2013

Datuk Seri Dr.Zambry Abd. Kadir : Anwar Hanya Boleh Berjanji Kosong



Image


KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh menjanjikan apa sahaja termasuk pendidikan percuma namun ianya hanya sekadar janji kosong yang tidak mungkin dapat dilaksanakan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr.Zambry Abd. Kadir berkata, pemberian pendidikan percuma kepada rakyat sukar dijalankan oleh mana-mana kerajaan dalam negara yang sedang membangun.

"Sekarang dia (Anwar) boleh kata nak berikan semua percuma bukan pendidikan sahaja semua dia sebutkan akan percuma kerana paling penting buatnya ialah Putrajaya. Soalnya bolehkah dia memenuhi segala-gala janjinya.

"Saya tidak faham, kalau kita sendiri tanya mereka di kalangan masyarakat juga tidak bersetuju dengan pendekatan ini (pendidikan percuma) dan telah menyuarakan pendapat mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Pemberian Bantuan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil serta Sekolah Mubaligh di Dewan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Sam Tet, di Ipoh, semalam.

Bantuan tersebut melibatkan sebanyak 111 buah SJK Cina dan 85 buah SJK Tamil dengan nilai peruntukan RM1 juta, manakala 19 buah Sekolah Mubaligh dan 17 buah SMJK dengan jumlah peruntukan RM2 juta.

Dr. Zambry berkata, sepanjang memerintah hampir 55 tahun, Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menjalankan pelbagai usaha menyediakan bantuan termasuk subsidi pendidikan yang hampir percuma kepada rakyat.

""Kalau kita lihat dalam sistem pendidikan, sekolah yang berada dalam aliran jenis kebangsaan, bantuan modal diberikan dan ia diteruskan oleh kerajaan.

"Peruntukan untuk mereka nak lanjut pelajaran ke peringkat kolej dan universiti dan setakat ini kerajaan negeri (Perak) belanjakan lebih RM176 juta dalam tempoh empat tahun dalam bentuk dermasiswa, bantuan pinjaman pelajaran, tuisyen termasuk program bantuan hari ini," katanya.


sumber: www.perakbn.com.my

No comments:

Post a Comment