01/04/2013

Samy Vellu adalah Sifu Saya!!! dikatakan oleh Devamany.

Berita Panas!!!

Devamany Calon BN Parlimen Sungai Siput?


PEMILIHAN siapa calon yang bakal mewakili Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Sungai Siput terletak ditangan Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk S.K. Devamany berkata, kehadiran beliau ke Sungai Siput sejak kebelakangan ini adalah sematra-mata untuk menjalankan pelbagai program bantuan di bawah JPM.

Menurutnya, menerusi JPM banyak program yang telah dirancang di kawasan tersebut termasuk penyerahan bantuan kepada penduduk setempat.

"Usaha membangunkan rakyat dilihat dapat memperkukuhkan lagi kedudukan parti yang dijangka mempunyai peluang cerah bagi merampas semula kerusi Parlimen Sungai Siput.

"Kehadiran saya ke Sungai Siput adalah mengikut arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kemunculan Pengerusi BN Sungai Siput, Datuk Seri S. Samy Vellu juga mempunyai agenda yang sama," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Sidang Media Khas di MH Sentral Hotel, Sungai Siput.

Devamany mengulas desas desus yang mengatakan beliau akan menjadi calon BN bagi kawasan Parlimen Sungai Siput pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Datuk Seri S. Samy Vellu merupakan orang yang bertanggung jawap membawa beliau menyertai MIC.



"Beliau (Samy Vellu) adalah ‘sifu' yang membawa saya masuk dalam MIC.

"Gandingan kami mampu memperkuatkan jentera BN selain berperanan dalam membentuk kesepaduan komponen BN Sungai Siput untuk bekerja ke arah pilihan raya umum akan datang," katanya. 



sumber : www.perakbn.com.my

No comments:

Post a Comment