29/04/2013


lohswee


Calon Barisan Nasional bagi DUN Kuala Sepetang Loh Swee Eng yang berhadapan dalam pertandingan tiga penjuru yakin pengundi Melayu dan India dari kawasan itu menyokong Barisan Nasional.
   “Dari reaksi penduduk sejak saya mula berkempen, sambutan sangat menggalakkan terutama dari penggundi Melayu dan India,” katanya kepada PerakNews.
     Jika berpandukan kepada keputusan pilihanraya-pilihanraya lalu, pengundi Cina menjadi penentu siapa yang akan memenangi kerusi tersebut yang disandang oleh Tai Sing Ng dari PKR.
   Loh merangkap naib pengerusi Gerakan bahagian Bukit Gantang ditentang oleh calon PKR Chua Yee Ling dan Zainal Abidin Abd Rahman dari Berjasa.

Jolokan 'Calon Kembar' Rahmat Buat BN


bn


Jolokan 'calon kembar' kepada dua calon Barisan Nasional(BN) Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Ghazali dan calon BN Dun Gunung Semanggol, Zulkarnain Ismail jelas memberikan kelebihan besar kepada mereka pada sepanjang kempen pilihan raya umum ke-13(PRU13) yang sedang berlangsung.
 
Langsung tidak berkecil hati dengan jolokan diberikan masyarakat Bagan Serai, Dr Noor Azmi dan Zulkarnain sebaliknya menyifatkan gelaran itu satu rahmat kepada BN kerana membuktikan rakyat Bagan Serai kini sudah mula mahu lebih mendekati calon-calon BN dipilih pucuk kepimpinan parti.
 
Dr Noor Azmi berkata, gelaran itu sebenarnya memberikan nilai tambah dalam usaha kempen beliau memandangkan rakyat seolah-olah akan melihat dua calon BN itu berada di mana-mana memandangkan rias wajah, susuk tubuh, ketinggian badan, gaya percakapan dan telatah mereka berdua hampir sama.

Pembangkang Amal Kroni ’Melampau’, Pilih Anak Menantu Sebagai Calon PRU-13


Image

"Mereka suka tuduh Barisan Nasional (BN) parti kronisme...tapi cuba lihat pembangkang.

"Sekiranya pemimpin mereka masing-masing ada letak anak menantu sebagai calon bertanding pilihan raya...ini bukan kronisme?," kata Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Menurutnya, amalan kronisme sangat ketara di kalangan parti pembangkang apabila ramai di kalangan mereka masing-masing meletakkan anak dan menantu sebagai calon bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Menurutnya, antara mereka termasuklah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anaknya Nurul Izzah (PKR); Karpal Singh dan Gobind Singh Deo (DAP); Lim Kit Siang dan Lim Guang Eng (DAP); Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat dan Nik Abduh dan Abdul Hadi Awang dan menantunya Mohd Akmal Kamaruddin (PAS) yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selama, Perak.

"Pada saya, inilah bukti pembangkang mengamalkan kronisme pada tahap paling tinggi dan teruk sekali.

"Saya selalu ingatkan mereka (pembangkang) kerana sentiasa menunding jari kepada BN, tapi satu jari mereka tunding kepada BN, tiga jari lagi menunding mereka sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Kenduri Rakyat dan Penyerahan Bantuan Banjir di Dewan Ghazali Jawi, Slim River, dekat Tanjung Malim, hari ini.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Dr. Zambry berkata, media sepatutnya bertanya kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar sendiri apakah sumbangan Ketua Pembangkang Perak itu kepada negeri Perak lebih-lebih lagi di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Pasir Panjang sepanjang menjadi wakil rakyat di dua kawasan berkenaan.

"Tanya apa dia dah buat untuk rakyat di Pasir Panjang dan Bukit Gantang. Setahu saya rekod dia tidak elok...dia tak buat apa pun untuk bela penduduk di kawasan yang diwakilinya.

"Dalam sidang Dewan (Undangan Negeri Perak) tak pernah dia bangkitkan soalan berkaitan kawasan dia dan kita telah buktikan semua ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita, apakah perkara yang boleh mengukur prestasi Nizar dan sama ada wakil rakyat itu ada membawa pembangunan di dua kawasan tersebut.

eehh...Anwar Nak Saman Lagi Pulak





SUNGAI BULOH: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu media arus perdana meminta maaf kepadanya sebaik sahaja Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan kerajaan jika menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mei depan.

"6 Mei perkara pertama bila kita perintah, kita akan pastikan Utusan Malaysia dan TV3 meminta maaf kepada saya.

"Malah hari itu, TV3 akan memulakan kerjanya untuk menemubual saya," katanya dalam siri kempennya di sini malam tadi.

Beliau selain itu dilihat terus berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad apabila berkali-kali menyebut nama mantan perdana menteri itu dalam setiap siri jelajah dan kempennya menjelang pilihan raya umum 5 Mei depan.

"Saya sudah lama maafkan Tun Mahathir, Tun Mahathir selalu sebut nama saya.

"Saya hendak beritahu dia, saya bukan Najib yang takut dengan dia, saya Anwar," katanya.

Anwar selain itu terus memainkan isu kononnya anak-anak bekas perdana menteri itu diberi tander dan kontrak kerajaan ketika Mahathir mengepalai pemerintahan negara.

Calon Parlimen PKR Permatang Pauh ini turut menjaja kononnya rakyat di Lahad Datu diabaikan oleh pemimpin Umno Barisan Nasional (BN).

"Saya baru balik dari Lahad Datu dan mereka menangis di sana kerana susah di sana," katanya.

Malah Anwar dengan sinisnya membidas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi yang sebelum ini mendakwa terdapat beberapa pimpinan pembangkang yang didakwa terlibat dengan pencerobohan selatan Filipina di Lahad Datu.

"5 Mei ini Zahid Hamidi adalah hari terakhir beliau jadi Menteri Pertahanan, kamu jangan yakin sangat bila dakwa pembangkang terlibat," katanya. 

Dalam pada itu, Anwar turut mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat mengenai manifesto sebelum 5 Mei ini.

"Sekarang ini adalah masa terbaik untuk bincang mengenai manifesto, saya cabar Najib berdebat mengenai manifesto ini sebelum 4 Mei ini," katanya.

Beliau selain itu menggesa rakyat agar terus memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat pada PRU13.

'Saya harap tolong kita semua hentikan perkara jijik yang dibuat oleh Umno-BN terutamanya dalam memfitnah saya dengan berbagai isu," katanya.

Anwar selain itu mendakwa akan menjaga kebajikan seluruh kaum dan bangsa di negara ini.

"Semuanya termasuk Iban, Kadazan dan lain-lain kita akan jaga," katanya.

Beliau dalam pada itu turut menyentuh mengenai kerusi Kota Damansara yang sebelum ini menjadi pertindihan di antara PAS dan PSM sehingga membawa kepada penegasan PSM yang tetap akan bertanding biarpun terpaksa berdepan dengan 3 penjuru.

"Jangan bagi mana-mana pihak tersinggung, perjuangan kita ialah kemuafakatan kita yang menjadikan kita kuat antara satu sama lain," katanya.

Anwar berkata Pakatan Rakyat telah membuat keputusan rasmi di mana PSM yang sebelum ini mempertahankan kerusi Parlimen di Sungai Siput dan Kota Damansara akan terus kekal atas kerusi tersebut berdasarkan kepada keputusan Majlis Pakatan Rakyat.

"Saya hendak beritahu, susah saya hendak jaga kawan-kawan baik, saya di Permatang Pauh, pimpinan PAS memberi sokongan kepada saya.

"Saya ingin tegaskan saudara Dr Nasir di Kota Damansara, dan saudara Jayakumar di Sungai Siput, jadi mereka ini sejak 2008 memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat, jadi mereka akan terus kekal tanding atas tiket PKR, kita kena jaga hati kawan-kawan," katanya.

SUMBER : Antarapos

BN Yakin Rampas DUN Sungkai dan Behrang, Kekalkan Parlimen Tanjung Malim, DUN Slim


Image

MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Zambry. Abd Kadir yakin Barisan Nasional (BN) dapat merampas semula dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikuasai pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

Menurutnya, dua kerusi DUN tersebut ialah Sungkai dan Behrang.

Dr. Zambry berkata, beliau turun yakin, BN dapat mempertahankan kerusi Parlimen Tanjung Malim dan DUN Slim pada PRU-13, pada 5 Mei depan.

Menurutnya, keyakinan ini berdasarkan kepada sokongan rakyat yang semakin meningkat di kawasan Parlimen Tanjung Malim.

"Selain sokongan padu rakyat, BN memiliki calon yang mempunyai kelebihan bertutur dalam tiga bahasa seperti Goh (Goh Kim Swee) sekaligus memudahkan mereka berkhidmat untuk rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Dewan Serbaguna Seri Sungkai yang berharga RM 1.4 juta.

Menurutnya, calon DUN Behrang, Datuk Rusnah Kasim pula terkenal sebagai seorang pemimpin Pergerakan Wanita UMNO yang rajin bekerja.

"Beliau bertanding di DUN Hulu Kinta pada pilihan raya 2008 tetapi untuk PRU-13, kita meletakkan Rusnah bertanding di DUN Behrang," katanya.

Menurutnya, berdasarkan kualiti calon yang ditonjolkan, rakyat di kawasan Parlimen Tanjung Malim perlu terus memberi sokongan kepada BN pada PRU-13.

Terdahulu, Zambry menyampaikan sumbangan kepada 200 keluarga yang terjejas banjir di sekitar DUN Slim menerusi peruntukan Tabung Bencana Daerah.

HOT!!! Lelaki Dipukul Di Tanjung Dawai Kerana Pakai Baju Logo BN!!!




Hanya kerana memakai baju T berlogo Barisan Nasional (BN), seorang lelaki dibelasah sekumpulan orang dipercayai penyokong parti pembangkang di pekan Tanjung Dawai dekat sini malam Sabtu.

Sofian Abidin, 30, dari Bedong tidak jauh dari kawasan nelayan berkenaan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.35 malam sewaktu dia bersama anak dan rakannya berkereta menuju Tanjung Dawai.

"Kami sebelum itu berselisih dengan sekumpulan kira-kira 200 penyokong parti pembangkang yang menaiki kereta dan motosikal, sebelum kami ditahan sebahagian mereka ketika tiba di pekan Tanjung Dawai.

"Baju saya dicekak dan saya ditumbuk pada pipi kanan dan dada. Rakan saya yang memakai baju BN ditarik dan ditanggalkan bajunya. Kumpulan itu turut merosakkan lampu isyarat kereta dan menendang pintu kereta saya," katanya.

Sofian berkata keadaan itu bagaimanapun dileraikan para penyokong BN yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.

"Apa yang berlaku kepada saya adalah satu tindakan biadap. Konvoi berkenaan dipercayai datang dari luar Tanjung Dawai yang turut membawa bersama ahli keluarga mereka.
"Kejadian itu menyebabkan anak saya yang masih kecil menjadi trauma," katanya.Beliau telah membuat laporan di Balai Polis Tanjung Dawai selepas itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Khalil Ariffin mengesahkan menerima laporan kes berkenaan dan akan menjalankan siasatan kerana melakukan perbuatan khianat.  

SUMBER : BERNAMA 

Pembangkang Putar Belit Kenyataan Raja Dr. Nazrin, Tun Musa Hitam


Image

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir kesal dengan tindakan parti pembangkang yang terus memanipulasi petikan ucapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam sebagai modal politik sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Menurutnya, tindakan pembangkang menggunakan petikan ucapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam sebagai tidak bertanggungjawab.

"Pembangkang menggunakan petikan ucapan yang disedut atau ambil sebahagiannya sahaja seperti titah ucapan Pemangku Raja Perak diluar konteks dan menyebarkannya konon-kononnya parti mereka yang terbaik.

"Sekarang ini kita lihat mereka memetik pula kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam walaupun beliau (Tun Musa Hitam) mengatakan bahawa dia tidak membenarkan mana-mana pihak sekali pun menggunakan petikan itu bagi tujuan politik mereka.

"Tapi kita lihat, mereka melakukannya di seluruh Negeri Perak.

"Bagi saya, ini adalah perbuatan yang tidak bertangungjawab dengan memanipulasi, mengelirukan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh kalangan tertentu bagi mencapai tujuan dan matlamat politik mereka sepanjang pilihan raya ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Kenduri Rakyat di perkarangan Dewan Tan Sri Ghazali Jawi di Slim, dekat Tanjung Malim hari ini.

28/04/2013

TURUNKAN HARGA KERETA? MENIPU LAGI!!



Rajah : Perbezaan harga sebelum dan selepas cukai dengan harga yang disebut oleh Rafizi


1. GR baru sahaja menonton youtube yang dibuat oleh Pakatan Haprak (PKR-DAP-PAS) di mana Rafizi Ramli memberitahu mengenai menurunkan harga kereta dan telah membuat anlisis. Ini pendedahan penipuan Rafizi untuk pengetahuan semua.

2. Menonton video tersebut, membuatkan GR terkilan dengan sikap suka menipu yang dibuat oleh Pakatan Haprak. Sememangnya, sudah banyak penipuan yang dibuat mereka, dan kini mereka masih terus menipu.

3. Mungkin mereka ingat rakyat begitu bodoh untuk mempercayai mereka. Tetapi mereka lupa, bahawa rakyat Malaysia tidak bodoh dan tidak mudah tertipu dan terpedaya. Rakyat Malaysia adalah rakyat yang suka berfikir dan mengutamakan kebenaran.

4. Video menurunkan harga kereta tersebut mempunyai beberapa penipuan yang terlalu besar. Untuk menunjukkan impak tindakan menghapuskan cukai, mereka menipu dari segi harga sebelum dan selepas penghapusan cukai.

5. Dalam video tersebut, Rafizi memberi 3 contoh harga kereta iaitu kereta Myvi, kereta Honda Civic dan kereta Toyota Camry. Beliau membuat pengiraan mudah dengan menolak peratusan cukai eksais dan cukai jualan dari harga-harga kereta tersebut yang sebenarnya adalah satu cara pengiraan yang salah.

6. Untuk melihat harga-harga kereta ini tanpa cukai, kita hanya perlu merujuk kepada harga yang dijual di kawasan bebas cukai seperti Pulau Langkawi ataupun Pulau Labuan. Tempat-tempat ini adalah bebas cukai, dan tiada sebarang cukai dikenakan terhadap kereta-kereta yang dijual. GR akan menggunakan harga-harga ini untuk menunjukkan kesilapan yang dibuat oleh Rafizi.

7. Kesalahan paling utama Rafizi Ramli adalah apabila beliau mengatakan harga Myvi selepas penghapusan cukai adalah RM 21,140 !!! Mungkin beliau cuba menipu rakyat dengan mengatakan melalui penghapusan cukai, rakyat akan mampu beli kereta tetapi pada hakikatnya tidak. Harga Myvi di Langkawi tanpa sebarang cukai adalah RM 37,942.55 dan harga dengan cukai (di Semenanjung) adalah RM 41,924.30. Perbezaanya adalah lebih kurang RM 4,000.00. Ini menunjukkan kereta Nasional hanya dikenakan cukai jualan (10%) di semenanjung dan tidak dikenakan cukai eksais (75%) seperti yang disebut Rafizi. Begitu juga dengan kereta Proton. Harga Preve di Langkawi dan Semenanjung hanya berbeza sebanyak RM 3k - 4k sahaja.


8. Oleh itu, walaupun dengan penghapusan cukai oleh Pakatan Haprak, harga kereta terendah (Proton dan Produa) adalah lebih kurang masih sama.

9. Bagi kereta Honda Civic (1.8), harga di Langkawi (tanpa sebarang cukai) adalah RM 77,980.00 dan bukannya RM 63,150 seperti yang disebut Rafizi.

10. Bagi kereta Toyota Camry (2.0) pula, harga di Langkawi (tanpa sebarang cukai) adalah RM 97,015.40 dan bukannya RM 71,000 seperti yang disebut Rafizi.

11. Perbezaan yang sedikit bagi kereta-kereta seperti Toyota dan Honda yang dikenakan duit eksais dan cukai jualan ini adalah kerana harga yang dikenakan duti dan cukai bukanlah dari harga jualan, tetapi dari harga asal(kos) yang diistiharkan oleh syarikat kereta.

12. Melihat kepada harga-harga selepas penghapusan cukai, kemampuan rakyat tidak akan berubah. Beban hutang rakyat juga tidak akan berubah.

13. Sekiranya sebelum penghapusan cukai, kemampuan seseorang adalah membeli kereta yang bernilai RM 40K, selepas penghapusan kemampuan beliau masih sama iaitu membeli kereta bernilai RM40K. Oleh itu, beliau masih mampu membeli Perodua Myvi sepertimana kemampuan beliau sebelum penghapusan cukai. Sekiranya sebelum ini, beliau terpaksa mengambil loan selama 9 tahun untuk beli Myvi ini, selepas penghapusan cukai,, beliau masih lagi perlu mengambil loan selama 9 tahun untuk beli kereta yang sama. Tiada perbezaan.

14. Sekiranya, sebelum penghapusan cukai, kemampuan membeli kereta seseorang adalah RM 60k-70k dan beliau perlu mengambil loan selama 9 tahun untuk membeli kereta ini, maka selepas penghapusan cukai, kemampuan beliau masih sama iaitu kereta bernilai RM 60k-70k dan beliau masih memerlukan loan 9 tahun untuk membelinya. Mungkin yang berbeza adalah model kereta. Kalau sebelum ini, beliau boleh beli Preve (yg berharga dalam RM60k-R70K), maka selepas ini, mungkin beliau boleh membeli Toyota Vios (yg berharga lebih kurang sama). Tetapi, Proton Preve mempunya ciri-ciri keselamatan dan spesifikasi yang jauh lebih tinggi dari Toyota Vios. Walaubagaimana pun, kemampuan dan beban hutangnya masih sama dan tidak berkurang.

15. Untuk pengetahuan semua, penghapusan cukai kenderaan ini sebenarnya lebih menguntungkan orang kaya dan tidak menguntungkan golongan miskin. Kemampuan mereka yang berpendapatan rendah masih sama, beban hutang mereka masih sama. Bagi orang kaya, kalau sebelum ini mereka hanya mampu memandu Mercedes C class, mungkin selepas ini mereka boleh memandu Mercedes E class.

16. Disamping itu, penghapusan cukai ini mengurangkan pendapatan kerajaan (tiada negara di dunia yang tidak mengenakan cukai kenderaan), dan kononnya hasil kerajaan boleh ditebus melalui lelongan AP pula adalah tidak tepat dan salah. Bagi mereka yang berfikir, mereka boleh melihat kesalahan (mungkin disengajakan) dalam pengiraan lelongan AP yg dibuat Rafizi. Tambahan pula, AP ini mungkin tidak laku dan hasil yang dijangkan tidak menjadi kenyataan. Kebanyakan negara mengenakan cukai terhada kenderaan. UK mengenakan 20% VAT, US mengenakan cukai mengikut states, Thailand mengenakan cukai lebih kurang 30%, Australia juga mengenakan cukai atau levi.

17. Apabila pendapatan kerajaan berkurang, perbelanjaan yang lain seperti pemberian subsidi dan perbelanjaan infrastruktur termasuk yang membantu golongan miskin akan terjejas. Akhirnya, kesan terhadap golongan miskin dan berpendapatan rendah semakin buruk. Sudahlah penghapusan cukai lebih menguntungkan golongan kaya dan tidak memberi impak kepada golongan miskin, malah tindakan ini juga bakal menjejaskan pembangunan lain yang boleh membantu golongan yang memerlukan ini.

18. Kepada Pakatan Haprak, janganlah lagi membodohkan rakyat dengan cara menipu seperti ini. Ingat, Rakyat Malaysia tidak bodoh, dan mereka mampu berfikir untuk menolak penipuan-penipuan anda.

19. Rafizi juga berkata dengan yakin janji ditaburkan sekali lagi Manifesto Pakatan Haprak akan "DITUNAIKAN" jika mereka berjaya menakluk Putrajaya. Tapi boleh percaya lagi ker, sebab dia sendiri yang cakap macam nie...





GR kata: Kalau pendidikan percuma pun tak confident nak bagi lagi, apalah dengan Manifesto yang lain. Pakatan kata Manifesto Bukan Janji kan!!

 SUMBER


NURUL IZZAH MULA 'MENGEDIK'





Nah tu dia...Nurul Izzah akhirnya muncul kembali di Lembah Pantai. Tujuan untuk cuba mempertahankan kerusi yang pernah dimenanginya pada PRU12. Nurul Izzah serupa nak jadi pelakon yang dulunya popular dan suam-suam kuku selepasnya dan cuba buat 'come back'.

Rakyat Lembah Pantai lebih pandai menilai siapa yang buat kerja dan siapa yang tidak. Apa yang Nurul Izzah buat selama 5 tahun di Lembah Pantai...tayang body sana sini, kononnya perwatakan baik dan tabur janji yang tak pernah pasti.

Rakyat Lembah Pantai, kalau korang nak pemimpin yang hanya ada rupa tapi PEMALAS, dipersilakan. Hadaplah muka anak si anak pemusnah negara nie lagi 5 tahun, itu yang korang nak kan. Ini kali lah...berubahlah untuk kebaikan.

Buatlah pilihan yang bijak....

BACA SETERUSNYA DISINI

KARAM SINGH ADA HATI DENGAN FUZIAH???





Ekoran pendedahan yang dibuat semalam, hari ini SH dapat la berita baru mengenai insiden berbaur 'ugutan seksual' yang diterima oleh Si Fuziah ni.

Dalam ramai - ramai orang, boleh ke Si Karam Singh tu yang 'Gila' kat dia? Takkan la Si Karam Singh tu ada nafsu jugak kot tengok Si Fuziah ni? Agak - agak la kan.

Kalau muka macam Si Hidayah Murni tu, tahan la jugak. Walaupun ada jerat batu tumbuh merata - rata, sekurang - kurangnya dia ada lesung pipit. Hehehe...

Memandangkan puak - puak Pakatan Haprak tu suka buat cerita yang bukan - bukan dan bagi alasan yang mengarut, jadi tak salah jugak kalau kita pun bergurau jugak ye tak. 

Mana la tau, kot - kot kalau dia call nombor tu dan yang jawab kata 'Anda telah terkena panggilan Hangat!!! Hah! Baru dia tau. Masa tu muka yang tembam tu pun terasa macam nak meletup je ye tak!!! Hahaha!!!

BACA SETERUSNYA DISINI

Datuk Kamilia Ingin Terus Kekal Bebas


kamiliaibrahim2



Bekas Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Kamilia Ibrahim menegaskan beliau ingin terus kekal sebagai wakil rakyat Bebas sekiranya menang dalam  Pilihan  Raya Umum Ke-13 ini.
Katanya, dengan menjadi wakil rakyat Bebas, beliau dapat bersuara di Parlimen.
``Saya lebih suka kekal bebas dan saya bercadang dengan kedudukan itu untuk bersuara di Parlimen,’’ katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan manifesto lima perkara di Sungai Perak Riiverfront Resort Kuala Kangsar pagi tadi yang hanya dihadiri sebilangan kecil jenteranya termasuk 12 orang anaknya, sanak saudara dan sahabat handai.
Lima perkara yang dibentangkan itu ialah pertama mengangkat hak dan martabat wanita: bersuara membentuk dasar dan perundangan.
Kedua, membina dan meningkatkan taraf hidup keluarga, golongan muda dan bekerjaya: tingkatkan perumahan, tempat penjagaan kanak-kanak, tahap keselamatan dan pengangkutan awam.
Ketiga, cepat dan cekapkan kemudahan perubatan: Membina Hospital Pakar Kuala Kangsar, membela semua golongan lapisan masyarakat terutamanya golongan warga emas, OKU dan berpendapatan rendah.
Keempat, mendorong mengukuhkan agama  dan akhlak dengan ilmu dan pendidikan: mengamalkan gaya hidup sihat dan membanteras masalah social.
Kelima, ekonomi orang Kuala Kangsar dikembangkan: agihan peluang yang adil, hapuskan rasuah dan kroni .
Ditanya sama ada beliau ingin  menyertai semula UMNO sekiranya menang nanti, katanya, `` dalam Perlembagaan UMNO kalau kita bertanding Bebas, kita tidak boleh menjadi ahli selamanya maknanya kita tidak boleh masuk UMNO lagi.’’

sumber

Penyamaran SPR!!!


aa4

Pengundi diingatkan menjauhi pihak mendakwa pegawai SPR
Pengundi di negeri ini diingatkan supaya tidak tertipu dengan cubaan pihak tidak bertanggungjawab menyamar sebagai pegawai SPR yang mahu membuat demonstrasi penggunaan dakwat kekal pada hari mengundi.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata pengundi perlu menjauhkan diri daripada didekati individu yang kononnya mahu menunjukkan mereka cara penggunaan dakwat kekal.
Beliau berkata telah menerima maklumat mengenai cubaan pihak ini yang bertujuan mengganggu proses pilihanraya pada 5 Mei nanti.
"Saya ingin menegaskan kepada semua pengundi amnya, supaya menjauhkan diri daripada pihak yang datang mengaku sebagai pegawai SPR dan ingin menunjukkan cara-cara menggunakan dakwat kekal.
"Ini kerana apabila seseorang itu sudah dicalit dengan dakwat tersebut, mereka tidak dibenarkan untuk memasuki pusat mengundi kerana mereka telah dianggap sebagai sudah mengundi," katanya.
Beliau berkata sewaktu berucap di hadapan penyokong BN di dewan Teluk Gedung sewaktu program Walkabout di sekitar DUN tersebut, turut hadir sama calon Ahli Parlimen Lumut, Datuk Seri Kong Cho Ha.
Dr Zambry juga meminta supaya warga Pangkor khususnya golongan muda supaya terus memberikan kepercayaan kepada BN dalam mentadbir negara demi kemajuan di masa yang akan datang.
"Saya menyeru agar kita semua terus mengekalkan kekuaran kita kerana sepanjang tempoh 55 tahun ini, banyak pembangunan dan transformasi yang dilakukan oleh kerajaan BN demi memastikan seluruh warga negara sentiasa hidup dalam keadaan yang harmoni," katanya.