29/03/2013
Tayangan tertutup Filem Kontroversi berkaitan 13 Mei,Tanda Putera.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membidas sokongan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Koh Tsu Koon terhadap tayangan tertutup filem kontroversi berkaitan 13 Mei,Tanda Putera.
"Saya kecewa dengan Koh. Saya faham bahawa beliau kini menghabiskan hari-hari terakhirnya sebagai menteri, tapi cakap itu biarlah masuk akal," kata Lim pada sidang media selepas melancarkan stesen televisyen Internet DAP, UbahTV.
"Koh sekali lagi membuktikan beliau adalah boneka dan perkakas kepada Umno," bidas Lim.
Hujahnya, tayangan Tanda Putera yang beliau percaya adalah sebuah "filem perkauman yang mahu mencetuskan kebencian menggunakan fakta palsu dan kejadian yang direka cipta" bermakna seperti mewajarkan tayangan filem lucah juga.
kredit to malaysia kini!!!
Labels:
Melayu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment