03/05/2013
Sokongan Golongan Muda Parlimen Parit Terhadap BN Semakin Meningkat
PERUBAHAN rakyat di kawasan Parlimen Parit yang bertindak menyokong Barisan Nasional (BN) semakin ketara termasuk penglibatan golongan muda, kata calon BN P.69 Parit, Datuk Mohd Zaim Abu Hassan.
"Di setiap cawangan yang saya hadir, penglibatan orang muda semakin meningkat dan bertambah.
"Ini adalah satu petanda bahawa orang-orang muda sebenarnya telah mula tertarik dengan BN," katanya kepada pemberita di Parit, hari ini.
Sementara itu ketika ditanya tentang kempen pihak pembangkang yang begitu agresif termasuk menggunakan bom petrol untuk mengsabotaj Bilik Gerakan BN di beberapa tempat, beliau berkata:
"Mereka (pembangkang) memang agresif.. di sini pun mereka bersikap agresif. Tetapi setakat ini tidak ada lagi peristiwa buruk yang berlaku (di sini).
"Saya berharap kepada parti pembangkang.. PAS dan PKR supaya berkempen secara baik dan jangan langsung ada unsur-unsur kekerasan berlaku.
"Begitu juga dengan ahli UMNO supaya berkempen secara tertib, secara elok dan secara baik," katanya.
Mengulas polimik isu hudud antara PAS dan DAP Zaim berkata, bagi beliau gabungan PKR, DAP dan PAS merupakan satu gabungan yang longgar.
"Mereka tidak ada satu perjuangan yang khusus, mereka mengutamakan perjuangan masing-masing.
"Ini sebenarnya sesuatu yang dijangka berlaku sebab PAS bila bercakap dengan orang ramai... dia akan bercakap tentang hudud, tetapi DAP menentang hudud.
"PKR pula sehingga hari ini (Datuk Seri) Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR) belum menyatakan pendirian beliau terhadap hudud," katanya.
Labels:
Melayu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment