Hari-hari terakhir kempen PRU-13 semakin hangat dan lebih mendebarkan apabila terdapat maklumat menyatakan terdapat cubaan untuk mengganggu gugat ketenteraman awam mungkin dilakukan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.
Pihak yang dimaksudkan ini mempunyai kaitan rapat dengan Pakatan Rakyat (PR) yang dipercayai sukar menerima hakikat kempen yang dijalankan mereka tidak mendapat sambutan ramai sekali gus menutup ruang untuk mereka merampas kuasa di Putrajaya.
Mengikut maklumat dalaman yang diterima, pihak terbabit dilaporkan telah menempah sekurang-kurangnya 10,000 t-shirt berlogo BN untuk digunakan dalam kekecohan yang dirancang bertujuan untuk menimbulkan persepsi umum bahawa ia dilakukan oleh BN.
Info ini ada asas untuk dipercayai memandangkan sejak akhir-akhir ini jelas kelihatan di beberapa tempat misalnya di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur di mana wujud pemasangan banner palsu yang berlatar belakangkan logo BN yang dipasang.
sumber
No comments:
Post a Comment