Calon BN kerusi DUN Changkat Jong, Mohd Azhar Jamaluddin berkata, dengan konsep yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang selama ini diterima oleh rakyat, beliau yakin BN mempunyai peluang cerah untuk memenangi kerusi tersebut.
"Jika kita boleh berjanji sesuatu yang berbeza daripada pembangkang yang hari ini tidak membuat apa kerja pun saya rasa rakyat boleh menilai mana pemimpin yang mereka mahu.
"Jika tersalah pilih, akibatnya kita lihat empat tahun lepas, Changkat Jong ketinggalan.. boleh dianggarkan berjuta ringgit dalam konteks pembangunan di mana sepatutnya pembangunan ini di bawa ke Teluk Intan, tetapi dibawa projek tersebut diberi kepada daerah-daerah lain.
"Inilah kesannya, kalau tidak dari segi sosio ekonomi akan memberi impak yang tinggi kepada pembangunan Teluk Intan.
"Bila ekonomi baik, sudah tentulah peluang pekerjaan, kemiskinan dapat dikeluarkan dan banyak faedah dapat dinikmati oleh semua rakyat di N.56 Changkat Jong," katanya.
Menurutnya, rakyat mesti memberi kepercayaan kepada calon BN kerana penduduk memerlukan seorang wakil yang sah atau wakil tetap untuk memberi perkhidmatan bagi menyelesaikan isu yang membelenggu penduduk.
Sementara itu, beliau berkata, pencalonannya itu disifatkan sebagai amanah besar yang harus dipikul demi kepentingan rakyat.
"Tentulah saya akan lakukan yang terbaik dan pastikan ia akan mendatangkan hasil yang baik kepada BN," katanya.
"Kita akan cuba menyakinkan rakyat bahawa kita boleh memberi perkhidmatan baik kepada mereka kerana rakyat boleh menilai pemimpin terdahulu yang langsung tidak buat sebarang kerja," katanya.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 mei depan, Azhar akan berdepan pertembungan tiga penjuru iaitu calon PAS, Mohd Anuar Sudin dan calon Bebas, K. Suppan.
No comments:
Post a Comment