02/05/2013

Transformasi PM Cukup Berkesan Di Hati Rakyat Parit


Image

PROGRAM transformasi yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membawa satu lonjakan yang cukup berkesan di hati rakyat pelbagai kaum di seluruh negara termasuk masyarakat di kawasan Parlimen Parit.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Belanja, Mohd Nizar Zakaria berkata, program transformasi tersebut diterima baik di kalangan masyarakat samada di bandar atau kawasan luar bandar.

"Nilai perpaduan yang begitu jitu yang dijaga dengan sesungguhnya oleh Kerajaan BN daripada dulu lagi sampailah ke hari ini.

"Termasuklah pembangunan di kalangan masyarakat India di DUN Belanja dalam kawasan Parlimen Parit.

"Kita telah pun bersama-sama berusaha dan mereka sebenarnya juga telah pun merasai impak nikmat daripada keamanan dan juga bentuk-bentuk pelaksanaan yang dilakukan oleh Kerajaan BN," katanya.

Sementara itu, beliau melahirkan keyakinannya untuk mempertahankan kerusi Parlimen Parit dan dua kerusi DUN berdasarkan kepada sokongan padu rakyat Parit kepada BN selama ini.

"Rakyat negara ini khususnya di Parit mengecapi pelbagai nikmat pembangunan hasil transformasi yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sejak empat tahun yang lalu.

"Oleh itu, saya yakin rakyat Parit dapat menghadiahkan tiga kerusi kepada BN iaitu satu kerusi Parlimen dan dua kerusi DUN, iaitu Belanja dan Bota.

"Kemenangan tiga kerusi ini akan membolehkan BN membentuk sebuah kerajaan yang kukuh dan kuat, sekaligus melonjakkan lagi transformasi yang dilaksanakan oleh PM sejak mengambil alih tampuk kerajaan," katanya.

No comments:

Post a Comment