04/05/2013

Dr.Zambry : Hati-Hati Dengan Strategi Saat Akhir Pembangkang.


photoone


Rakyat diingatkan supaya lebih berhati-hati dengan strategi saat-saat akhir yang bakal digunakan pembangkang untuk meraih simpati pengundi.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir percaya, pembangkang akan melakukan serangan psikologi dengan menyebarkan pelbagai dakyah dan fitnah untuk menagih simpati pengundi.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan rakyat supaya tidak mudah terpengaruh dengan taktik yang digunakan itu.
"Sebelum keluar mengundi Ahad ini, cuba berfikir sejenak untuk memilih sebuah parti yang boleh memberi khidmat terbaik kepada negara kita. 
"Selain yang mampu menjaga keamanan dan mempunyai rekod yang baik," katanya ketika ditemui selepas menghadiri jamuan rakyat dan pertunjukan bunga api di perkarangan Stadium Perak di Ipoh malam ini.
Hampir 10,000 rakyat berbilang kaum menghadiri majlis itu yang dianjurkan dengan kerjasama syarikat Keris Properties Berhad. 
Menteri Besar turut mengingatkan rakyat supaya lebih berhati-hati dan menjaga keselamatan masing-masing kerana banyak provokasi yang dilakukan pelbagai pihak untuk meraih undi. 
Beliau melahirkan rasa bimbang dengan tindakan beberapa pihak yang mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan yang boleh menggugat keharmonian dan keselamatan. 
Sementara itu, Pengarah Keris Properties, Michael Tan memberitahu, majlis tersebut bertujuan mengumpulkan rakyat sambil menikmati makan malam dan menyaksikan.

sumber

No comments:

Post a Comment